Jumaat, Oktober 02, 2009

BBK 2009 MELAKA - PELANCARAN BBK 2009 NEGERI MELAKA

Gimik pelancaran BBK 2009 Negeri Melaka.


Ikrar Setia Bahasa BBK 2009.

Majlis Pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 1 Oktober 2009 di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Acara ini merupakan anjuran bersama DBP Wilayah Selatan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Kerajaan Negeri Melaka. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, Exco Kanan Negeri Melaka (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains dan Teknologi, dan Sumber Manusia Melaka) selaku wakil rasmi YAB Ketua Menteri Melaka. Ketua Pengarah DBP, Dato' Hj. Termuzi Hj. Abdul Aziz turut hadir serta menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam majlis ini disertakan dengan pembacaan Ikrar Setia Bahasa yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka lalu diserahkan kepada YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, persembahan koir oleh kumpulan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka yang membawakan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, 1 Malaysia, dan Bahasa Jiwa Bangsa. Selain itu gimik pelancaran turut diadakan dalam majlis yang dihadiri seramai 300 orang khalayak pelbagai peringkat umur, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Terima kasih sepenuh penghargaan buat pihak IKSEP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atas pelancaran BBK 2009 Peringkat Negeri Melaka ini. Negeri Melaka merupakan negeri pertama dan terawal dalam pelancaran BBK 2009 peringkat negeri dalam Malaysia ini. Sesungguhnya komitmen tinggi kakitangan IKSEP yang diketuai oleh Pengurus Besar, Hj. Aziz Ujang yang terlalu banyak membantu pihak DBPWS sejak awal Ramadan lalu ke arah pelaksanaan acara ini. Pn. Hanita Hassan bersama kakitangan IKSEP yang lain banyak bersusah payah berusaha untuk acara ini sejak mula dibincangkan hingga acara yang sebenarnya pada 1 Oktober 2009 ini.

Tiada ulasan: