Rabu, Ogos 12, 2009

TAHNIAH BUAT 2 ANWAR

1. Berita pertama yang menyatakan Datuk Anwar Ridhwan dinobatkan selaku Sasterawan Negara ke-10 didengar melalui BERNAMA TV lewat petang semalam (11 Ogos 2009). Khabarnya perkara ini diumumkan oleh pemimpin besar dari Pagoh yang kini sibuk ingin 'berperang' dengan pemimpin Permatang Pauh.
2. Datuk Anwar Ridhwan selayaknya merangkul dan menjulang piala SN ke-10 ini, sudah lama dikhabarkan dan diusahakan, beliau memang layak dan berwibawa untuk anugerah besar dan penuh makna dalam dunia sastera tanah air. Tahniah buat Datuk Anwar Ridhwan. Memantau dan membaca banyak blog sejak semalam hingga kini, ramai yang setuju dan ucapkan tahniah buat beliau.
3. Namun… Anwar yang satu lagi walaupun berterusan dihina, dikeji, dikutuk, didera dan dizalimi sejak September 1998 hingga kini… beliau tetap gagah, kukuh dan berkarisma! Setinggi gunung tertinggi dunia dan sedalam lautan terdalam dunia sekalipun beliau dikutuk, dihina dan diperlakukan negatif hakikatnya beliau bertambah kuat…! Silap besar jika pemimpin besar Pagoh itu berterusan ingin ‘berperang’ dengan beliau… LAWAN TETAP LAWAN! Tahniah... semakin dikutuk, dihina, dikeji dan pelbagai lagi propaganda dan perlakuan negatif yang dilemparkan dan dirancang oleh puak dan juak itu namun beliau tetap kuat dan gagah!
4. Mengutip tulisan MSO dalam entri blognya berjudul... 'Himpunan Kutuk Anwar Bahaya Bagi Najib?' seperti berikut...
Namun saya tidak percaya kutukan itu akan membawa padah dan masalah kepada Anwar. Anwar tidak akan hina dan jatuh dengan kutukan itu. Ia tida memberi sedikit bekas pun. Lama sebelum ini pun Anwar sudah dikutuk dan dihina. Sudah dicap macam-macam jenis petualang, agen Yahudi dan sebagainya. Tetapi ternyata Anwar tetap juga gagah dan boleh ke mana-mana.Rakyat masih terus menyambut dan menerimanya. Bibit-bibit kebencian yang ditanamkan Umno ke atasnya kering dan layu begitu saja. Rakyat tidak mempercayainya, bahkan menjadi makin simpati kepadanya. Tarikan politik yang ada kepadanya memukau setiap yang memandangnya! Idea-idea dan pandangannya dinanti-nantikan dan bernas.Anwar tidak perlu melawan sendiri. Dia tidak perlu kata huduh dan menesta kepada Muhyiddin atau sesiapa yang mengutuknya. Tetapi rakyat akan mengambil tanggungjawab membalas segala kutukan itu. Begitu juga dengan hal Muhyiddin ini rakyat akan menjadi galang ganti untuk mengutuk timbalan presiden Umno itu. Para pembelanya akan menengkis segala tohmahan dan kecaman itu.

2 ulasan:

Citra Wangsa berkata...

ANWAR itu maksudnya CAHAYA. mereka akan sentiasa menerangi insan lain di bumi ini. tetapi, silap-silap hari bulan ANWAR boleh jadi
A N WAR!'peperangan' akan tercetus jika ANWAR dianiaya!

*Nama adik bongsu saya juga ANWAR.Diambil sempena 2 nama hebat ini.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Kezaliman ekstrem yang amat jelas secara fizikal yang terlalu melampau ketika sekitar September - Oktober 1998 masih kukuh tebal dalam ingatan!
Makanya... LAWAN TETAP LAWAN!