Isnin, Ogos 17, 2009

KLIK SANA KLIK SINI... MUNCUL 'FACEBOOK'!

1. Dunia teknologi maklumat sungguh cepat berkembang daripada wujudnya laman web ke e-mel dan seterusnya blog, jika tidak silap blog mula membiak sekitar tahun 2004-2005. Dalam kehangatan dunia informasi blog maka muncul pula 'facebook' dan seterusnya 'twitter'. Hebat serta pening juga dibuatnya!
2. Saya bukanlah insan yang fasih serta mengerti sangat tentang semua kemudahan dunia teknologi maklumat ini tetapi atas saranan rakan dan kawan maka terjerumus juga ke alam blog, itupun baru lagi bermula bulan Mac 2009 lalu. Kini selepas beberapa bulan... maka sahaja cuba-cuba 'klik sana dan klik sini...' maka sudah masuk pula ke alam 'facebook' baru 2 hari lalu... Ini hanya belajar pandai-pandai sendiri sahaja. Masih terkial-kial mencari manfaat besar penggunaan 'facebook' ini.
3. Makanya sesiapa yang sudah profesional dan mahir tentang manfaat dan kelebihan 'facebook' ini mohonlah tunjuk ajar seadanya buat saya. Tunjuk ajar anda semua amat dihargai. Usaha sendiri untuk 'klik sana klik sini...' sebenarnya memadai untuk pandai namun untuk lebih cepat pandai dan pintar tunjuk ajar anda juga penting. Terima kasih.

3 ulasan:

Farmilla Hamdi berkata...

Ilmu sebenarnya tidak ternilai, terpulang kepada cara dan kaedah menggunakannya.
Jangan lupa Ramadan berdepan EPL, masih sokong MU ke?

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi. saya baru sahaja 'memautkan/add' en.rusdi dalam facebook saya.

Citra Wangsa berkata...

Salam RAR,
Facebook sudah semakin meluas. Menghubungkan dunia kita dgn masyarakat di pelosok dunia. Kelebihan FB yang saya lihat:
1. Medan 'Jejak Kasih'.
2. Jaringan perbincangan dgn individu lain.
3. Penyimpan terbesar foto-foto peribadi.
4. Merapatkan jurang perantaraan.

Banyak lagi...tapi jangan pula disalah guna.

Kepada RAR, selamat 'berfacebook'!