Cukup luar biasa
Oleh Zaidi Mohamad (Berita Harian)
Sistem bunyi jejas perjalanan konsert
Bagaimanapun, konsert yang berlangsung dalam tempoh dua jam itu sebenarnya dianggap sangat mengecewakan terutama daripada sudut sistem bunyi yang disediakan. Kalau diamati, memang persembahan konsert itu bagai ada yang tak kena.
Persembahan konsert itu turut dicacatkan dengan masalah teknikal yang terjadi di awal persembahan selepas lagu kedua, Balada Pemuzik Jalanan dinyanyikan Amy. Penampilan khas Kid ketika menggoreng gitarnya untuk lagu Isabella bergema di ruang udara juga kelihatan seperti tenggelam timbul. “Saya sendiri juga agak panik apabila masalah teknikal itu berlaku. Perkara sedemikian memang kita tak dapat jangka. Yang berlaku tetap akan berlaku, kita tidak boleh halang,” kata Amy ringkas. Ketika itu juga, Nasir mula mencelah seperti cuba merungkaikan sedikit perasaan hatinya. “Kita pakai sistem bunyi yang berbeza dengan konsert sebelum ini. Apa yang kita nak yang terbaik untuk konsert ini tak dapat. Ia seperti gangguan emosi kepada kami,” kata Nasir.
Berbaloikah menonton konsert ini? Jawapannya tepuk dada tanya isi hati. Sayang juga kerana persembahan itu tidak berjalan dengan baik sedangkan ia sebenarnya perlu menjadi memori yang indah. Amy Search juga kurang berkomunikasi dan hanya selepas lagu kelapan, Gelora Cinta, baru bapa kepada pelakon Nabila Huda itu mula bersuara. Bermula dengan lagu Panggung Khayalan, Amy melabuhkan tirai konsert dengan lagu Fantasia Bulan Madu. Diamati, lagu Isabella paling memberi nostalgia tersendiri dan cukup mengesankan kepada peminat Search apabila mereka turut menyanyikan sama lagu terbabit. Antara lagu lain yang dipersembahkan Search ialah Emanuelle, Hilang Dalam Terang, Plastik Ke Bintang, Rock & Roll Pie, Bencana, medley Gadis Misteri, Gadis Ayu dan Gadisku, Isi Dan Kulit, Laila Namamu Teratas, Pelesit Kota, Setelah Hujan dan tidak ketinggalan lagu cari makan, Pawana.
_________________________________________________
Sayang sistem bunyi 'hancur'
Oleh ABD. AZIZ ITAR (Utusan Malaysia)
Sayangnya, konsert anjuran Art-Is At Work dan penaja utamanya, Celcom Blue itu seakan-akan belum mencapai matlamat Search dalam memberi kepuasan serta penghargaan kepada hampir 25,000 penonton yang hadir pada malam itu.
Masalah teknikal pada sistem bunyi paling banyak membelenggu pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM88 dan RM58 itu sehingga ia menganggu kosentrasi persembahan Search dan juga penghayatan para peminat mereka.
Masalah teknikal pada sistem bunyi berada pada tahap paling kritikal sewaktu Search menyanyikan lagu yang dipetik daripada album Cinta Buatan Malaysia itu apabila seluruh pentas sunyi seketika akibat gangguan elektrik.
Bukan sekejap, malah masalah itu berlarutan sehingga hampir 10 minit apabila bukan sahaja tidak kedengaran vokal Amy atau dentuman muzik bingit Search, tetapi tiada juga suara pengacara, Isma Halil Hamzah yang sepatutnya tampil memohon maaf.
Sebaliknya, suasana sunyi sepi di pentas itu diganti pula dengan pelbagai nada jerit pekik para penonton yang seperti tidak puas hati dengan konsert yang diuar-uarkan sebagai 'berbaloi-baloi' oleh pihak penganjur itu.
"Woi! mahal tiket ni... Berbaloi apanya macam ni?" itu antara suara-suara sumbang para penonton yang bukan setakat resah kedengaran nadanya, malah menagih tindakan segera daripada pihak penganjur yang terbabit.
Selepas masalah teknikal itu dapat diatasi, Amy bersama anggota-anggota Search iaitu Yazit (dram), Hillary (gitar), Din (gitar) dan Nasir tampil semula di pentas dengan membawakan lagu berjudul Laila Namanu Teratas.
(Untuk laporan penuh - silalah membacanya dalam ruangan hiburan dua akhbar utama hari ini yang penuh terliput dalam dua halaman.)
2 ulasan:
Salam RAR,
Nampaknya di JB tidaklah seteruk di KL. Beginilah jadinya kalau Search tidak gunakan khidmat Akira Yamaughuci (jurutera Jepun). Celcom, mungkin kurangkan bajet sistem bunyi Search kerana nak simpan untuk bawak Gigi, Peter Pan, Samson, dan "semak-semak" dari seberang! Demikianlah nasib otai, namun Search pasti akan menggemakan PAWANA ketika MENTARI MERAH DI IFUK TIMUR masih menjadi FENOMENA yang mendatangkan BENCANA walaupun mungkin peminatnya dirundung PARANOID di MENARA KESESATAN!
Cikgu,
Bila lagi boleh bersama menyaksikan konsert ya? Paling tidak ke Diva sahaja untuk uji suara dengan lagu-lagu Search...
hehehe
Apa-apapun yang utama sistem bunyi harus mantap serta amat kecil silapnya dalam sesebuah konsert... maka 'berbaloi-baloi' manfaatnya!
Catat Ulasan