1. Menurut laporan berita Malaysiakini serta sumber berita lain, sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan yang teletak di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu runtuh pagi tadi (2 Jun 2009). Ketika runtuh tiada sebarang acara sukan berlangsung. Menurut laporan Buletin Utama peristiwa ini 'cukup memalukan', namun tiada kemalangan jiwa. Stadium ini berharga RM300 juta. Stadium ini dirasmikan tahun lepas pada 10 Mei 2008 oleh Yang DiPertuan Agong selaku Sultan Terengganu.
2. Saya pernah memasuki stadium untuk menyaksikan raptai penuh acara pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun lepas. Ketika itu saya lihat stadium ini belum siap sepenuhnya (beberapa kemudahan untuk penonton masih dalam pembinaan). Namun kerana ingin menyambut SUKMA, stadium ini tetap digunakan termasuk stadium tertutup di sebelahnya.
3. Stadium ini merupakan sebuah stadium paling indah, paling besar dan gah di Terengganu. Selaku stadium yang baru berusia setahun, runtuhnya bumbung yang sebahagian besarnya di bahagian utama tempat duduk orang kenamaan menimbulkan satu persoalan...? Menurut undi SMS dalam Berita NTV7 jam 7 malam tadi: 98% penonton yang mengirimkan undian SMS menyatakan SETUJU bahawa ada penyelewengan dalam pembinaan stadium ini.
4. Namun... objek yang diharap 'runtuh' masih belum runtuh dalam hakikat yang tersurat, namun apakah akan 'runtuh' suatu hari nanti jika dilihat dalam konteks tersirat terutama beberapa cara dan tindakan objek ini kini? Masih 'begitu-begitu' juga nampaknya objek yang diharap runtuh itu - jika 'masih begitu-begitu' juga maka runtuhnya objek ini akan terlaksana dengan cepat...?
5. Perlukah objek ini runtuh seperti runtuhnya bumbung stadium ini? Objek ini perlu berubah menyeluruh bukan hanya setengah @ suku masak atau lemau sifatnya; buanglah jauh-jauh sifat ego, riak, sombong, takbur, zalim, besar diri dan besar kepala - MAKA OBJEK INI AKAN DIPERTAHANKAN SECARA KUKUH DARIPADA RUNTUH! jika tidak berubah menyeluruh...!
Mungkinkah kau akan runtuh dan luluh
tanpa disentuh dan dirusuh
walau lagakmu umpama kukuh?
Mungkinkah nanti kau keluh
dalam peluh penuh seluruh
yang bersuluh menyinari tubuh?
6 ulasan:
RASUAH punca RUNTUH.
Itu saja puncanya!
Baik yang konkrit mahupun abstrak, tetap akan runtuh kerana rasuah.
Ini sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan. Bayangkan jika stadium ini runtuh ketika berlangsungnya acara sukan...(saya pasti...ada yang tak kena sejak perancangan awalnya lagi...).
Rusdi,
Adakah runtuh ini sebagai petanda...
Cikgu Zaid,
Lalu terbitlah ungkapan "saya amat terkejut...!", "kita perlu buat siasatan rapi...!", "pihak X dan Y harus dipersalahkan...", dan pelbagai lagi. Mengapa Stadium Anfield @ Stamford Bridge @ Old Trafford @ Wembley tidak terjadi begini...?
Azura,
Memang memalukan... namun demi 'hajat' beberapa pemimpin stadium harus segera siap dan digunakan pada tahun lepas...!
Tn. Hj. Shapiai,
Runtuh ini hanyalah runtuh fizikal..., namun jika 'objek itu' tidak berubah menyeluruh (kita amat-amat harap objek ini berubah penuh tapi nampak macam hendak tak hendak sahaja) maka 'runtuhnya' akan meninggalkan kesan besar buat 1 Malaysia...
Amaran keras itu supaya titikberatkan aurat dalam bersukan kepada Muslim sekalian.
salamm, me tumpang lalu jakks ..
Catat Ulasan