Rabu, Jun 17, 2009

KUTIPAN: SOKONG KENYATAAN TGNA!

Seperti yang pernah dinukilkan sebelum ini, AMAT BERSETUJU untuk wujudnya Kerajaan Perpaduan ini jika 'objek itu' berubah dahulu daripada sikap ego, riak, sombong, angkuh, tidak sedar diri, besar kepala, cakap besar, bangga diri yang melebih-lebih, bergaya mewah (dalam konteks tidak sepatutnya), zalim, dan pelbagai sifat luaran dan dalaman yang bertaraf negatif yang ada dalam sebahagian besar pemimpin serta pengikut tegarnya. Jika tidak berubah menyeluruh, amat rugi serta penuh sesalan yang bakal dihadapi oleh PAS.
Namun agak terkesan pabila memikirkan perkara di bawah ini:
- LUPAKAH 'KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN' YANG TELAH TERKENA BATANG HIDUP PAS SELAMA INI!!!? MUDAHKAH UNTUK BERSETUJU AGAR ADA PERPADUAN.
- MUNGKINKAH PIHAK YANG SATU LAGI PUNYAI AGENDA YANG TIDAK DIKETAHUI HUJUNG PANGKALNYA ATAU SEKADAR INGIN AMBIL KESEMPATAN?


Berikut petikan @ kutipan terkini tentang hal ini:


Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm (Malaysiakini)

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."
Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.
"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.
Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.
"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.
Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

2 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Apasal TGNA tak telefon saja marahkan Ustaz Nasha kalau memang benar pun dia salah dan teringin nak "bergabung" dengan Umno? Nampaknya dia lebih suka guna media yang kaki putar alam. SMS pun boleh, kalau tak mahu guna YM.

Susah untuk fahamlah. Tidak elok untuk jemaah. Hikmah o hikmah.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
Saya sokong kenyataan TGNA kerana sebelum ini beliau berulang kali nyatakan jangan peduli dengan 'perangkap sampah perpaduan' ini. Nasharuddin tunjuk ego tetap nak bincang serta siap ucap terima kasih kepada pemimpin agung 1Malaysia itu. Nasharuddin sepatutnya masuk UMNO jika tidak suka kepada PAS! Mungkin bagi Nasharuddin PAS kini sudah 'sampah' buatnya! maka tinggalkanlah PAS... segera daftar ahli UMNO, esok pasti boleh jadi ahli seumur hidup!
Satu tradisi yang membanggakan dalam UMNO - lihat pemimpin UMNO... sejak dahulu (terutama zaman Che Det) amat patuh dan akur kepada arahan pemimpin tertingginya... mereka jadi kuat; lihat beberapa pemimpin PAS kini (khasnya Nasharuddin - yang tak sedar diri @ sampah... maaf!) suka sangat nak jadi 'boneka' dalam hal kerajaan perpaduan ini. Sejak tahun lepas menjaja nak bincang pasal kerajaan perpaduan ini, mungkin ada agenda tersendiri si Nasha ini (boleh jadi Menteri Pelajaran kot?).
Selayaknya TGNA TEGUR KERAS TEGAS DAN 'TAMPAR' kepada si Nasha ni setelah TGNA berulang tegaskan tiada hal rasmi serta tidak perlu dalam membincangkan hal ini, namun si Nasha ni degil serta semacam masuk 'perangkap sampah'!

Namun saya amat bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan ini jika UMNO berubah menyeluruh daripada sikap dan tindakan ke arah disukai ramai rakyat barulah dapat berpadu..., bimbang ini helah licik semata-mata?