1. Sering dalam perjalanan yang agak jauh umpamanya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur (pergi - balik), saya pasti meletakkan cakera padat (CD) album ‘XPDC – Darjah Satu’ untuk menghiburkan diri sendiri dalam kereta.
(Sedikit maklumat: Album pertama XPDC ini mula tersebar dalam tahun 1990, manakala lagu yang melonjak nama kumpulan ini merupakan lagu berjudul C.I.N.T.A.)
2. Lagu yang paling diminati serta sering diulang dengar berkali-kali dalam sesuatu masa dalam album ini iaitu lagu berjudul ‘BUKAN MILIK AKU’. Lagu ini ciptaan ZN Kevin, dan lirik ditulis oleh JS Kevin. Lagu ini didengar sejak tahun 1990 hingga kini ini saya labelkan atau ketegorikan sebagai sebuah lagu “Semangat @ Motivasi” buat diri sendiri. Ada beberapa lagi lagu (kumpulan dan penyanyi solo lain) yang saya ketegorikan sebegini selain lagu ini terutamanya dalam kategori ‘rock otai’. Kenapa lagu ini dikategorikan sebegini… saya tidak tahu menerangkan bagaimana ya… kerana ada sesuatu yang sukar diucapkan serta diterangkan!
3. Mungkin anda juga ada lagu yang dikategorikan begini sebagai lagu “Semangat @ Motivasi”?

Di bawah ini disertakan lirik lagu ‘BUKAN MILIK AKU’ yang dikutip dalam laman web:
BUKAN MILIK AKU
AKU BERHAMPIRAN
SUASANA HAMPIR GELAP
AKU DISINI
BERLUMURAN PAHIT MANIS
DIDALAM TITIAN MENUJU
HUJUNG DUNIA
AKU LAGI HIDUP
HANYA MAMPU MELUKISKAN
NAMUN KENYATAAN
SUDAH PASTI PENENTUAN
DIDALAM AKU MENGEJAR SATU
IMPIAN DAN HARAPAN
C/O
WALAU SEHARI KUKECAP
SEMUA INI
PENUH PENGALAMAN MENGISI HARI
NASIB MENANTI KUSERAH PADA YANG SATU..
BUKAN MILIK AKU TANPA RESTUMU
KAU BUKAN MILIK 2x MILIK AKU
BUKANLAH MILIK 2x MILIK AKU
BUKANLAH MILIK 2x MILIK AKU
BUKAN MILIKKU KAU BUKAN MILIK KU…
LAGU: Z.N KEVIN
LIRIK: J.S KEVIN
3 ulasan:
Salam RAR,
Dalam minggu ini, jikalau ada masa senggang, ayuh ke gelanggang DIVA! Otai dah tak sabaq nak banging lagu Bukan Milik Aku! Bro, lu ingatkan gua balik la ttg lagu nih! Gua dah lama tak layan Darjah Satu sebab gua mengajar Darjah Enam! Memang betul lu kata, bro. Lagu-lagu otai macam ni ada "roh". Hanya otai yang faham akan "roh" itu. Dalam Darjah Satu, gua layan Abadikah Tragedi. Bro, kalau lu nak tahu (gua rasa lu dah tahu sebab lu pun otai!), nama band XPDC, sebelum buat album ialah Tragedi. Gua paling layan dengan lagu ni, dan tidak lupa juga, lagu Raja Kertas! Eh,..rupa-rupanya, roh lagu nih dah lama meresap ke dalam jiwa gua, sebab gua pun "pakar" kewangan yang ada sijil setakat Darjah Satu! Harap-harap tidak jadi Tragedi sebab Aku dan Sesuatu. Lagipun, gua selalu ayat lu, Jangan Tak Mandi! Kalau ada minah lalu, dia tak C.I.N.T.A sama lu. Ok, gua chow dulu...
Bro Azhar,
Gua memang suka lagu BUKAN MILIK AKU ini sejak tahun 1990 lagi (ketika tingkatan 6 Rendah), lagu ni bro menaikkan semangat dan motivasi bro! Dulu zaman kaset gua ada album ini tapi zaman CD kini gua juga ada CD album DARJAH SATU ini... gua pasti dengar jika dalam perjalanan jauh ke sesuatu destinasi. Gua pun tahu (serta pernah dikhabarkan) nama asal XPDC iaitu Tragedi. Lagu RAJA KERTAS dan ABADIKAN TRAGEDI gua minat kerana ada 'roh' tersendiri.
Gua tunggu sahaja panggilan bro untuk 'menguji suara' tu... ya nak rasa juga mi goreng di situ!
saya juga layan xpdc..
kalau lagu lama..suka impian seroja ( walaupun x faham langsung apa makna disebalik liriknya )
err..faham ke ? puitis sgt,,
JS kevin punya lirik kadang2 mcm hala ke arah sufi pun ye..
titian perjalanan..
hentian ini..
Catat Ulasan