Baru tiga hari yang lepas saya memperkatakan tentang sebutan sebenar H1N1 (dalam entri berjudul 'BAGAIMANAKAH SEBUTAN H1N1?'), maka siang tadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengeluarkan satu kenyataan yang dikutip dalam Berita Harian Online (25 Jun 2009) seperti berikut:
Gunakan istilah selesema babi ganti H1N1: Rais
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang.
Rais berkata, ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.
"Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan