Isnin, Jun 29, 2009

6 BULAN PERTAMA 2009 - MOMENTUMNYA PERLAHAN...

1. Secara jujur dan ikhlas dirasakan pelaksanaan program dan aktiviti sastera DBPWS dalam 6 bulan pertama tahun 2009 (Januari - Jun) agak perlahan momentumnya, kenapa? Diri ini sendiri dapat rasakan dalamannya… Berbanding tahun-tahun yang lalu, dalam tempoh 6 bulan pertama sebegini telah banyak terlaksana program: sekurang-kurangnya mencecah 20-25 program sama ada berskala kecil, sederhana dan besar serta peruntukan yang dibelanjakan mencecah 60-70%.


2. Terus terang dinyatakan bahawa terdapat beberapa kekangan peribadi (dibaca sebagai cabaran, hikmah dan rahmat-Nya) yang melanda diri ini (tetapi ini bukanlah boleh dijadikan alasan yang mewajarkan untuk kurang menggerakkan program!) sepanjang 6 bulan pertama tahun 2009 ini. Antara halnya termasuklah:
i. Cuti selama 31 hari (16 Januari - 15 Februari) kerana pembedahan mata.
ii. Terpaksa ‘kuarantin diri sendiri’ (tidak boleh berlama-lamaan keluar dari Johor Bahru: 4 Mac - 4 Mei) kerana isteri ditahan di hospital selama 2 bulan.
iii. Menerima cahaya mata baharu yang ketiga - isteri bersendirian berpantang hanya di rumah, bukannya bawa balik kampung.


3. Namun dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2009 ini sebanyak 15 program dalam skala kecil, sederhana dan besar berjaya dilaksanakan serta perbelanjaan mencecah hampir 45 - 50%. Seperti biasa program yang dilaksanakan WAJIB mendapat anjuran bersama atau dengan kerjasama pelbagai pihak. 10 daripada 15 program yang telah dilaksanakan termasuklah:

i. Dialog Penghayatan KOMSAS Daerah Segamat: 2 Februari di SMK Gemereh, Segamat.
(Anjuran bersama DBPWS, PPD Segamat dan SMK Gemereh)
ii. Pementasan Teater ‘Cincin Emas Belah Rotan’: 13-14 Februari di Panggung Seri, Taman Budaya Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
(Anjuran Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan IKSEP dengan kerjasama DBPWS)
iii. Malam Puisi ‘Di Bawah Langit Gaza’: 18 Februari di Dataran Sungai Melaka, Melaka. (Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama TV9, ISMMA, DBPWS, JKKNNM, PENA)
iv. Pementasan Teater Muzikal ‘Derita Gaza’: 27 Februari-1 Mac di Auditorium JOTIC, Johor Bahru, Johor.
(Anjuran Puteri UMNO Johor Bahru dan Persatuan Teater KESUMA-I dengan kerjasama DBPWS, MBJB dan JKKNNJ)
v. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Melaka 2009: 10-12 Mac di Air Keroh D’Village, Ayer Keroh, Melaka.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNM)
vi. Kursus Pengucapan dan Penilaian Sajak Negeri Johor: 2 April di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
vii. Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor 2009: 14-16 April di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan JPNJ)
viii. Bengkel Penulisan Kreatif Guru Daerah Kluang: 20 Mei di SK Kluang Barat, Kluang.
(Anjuran bersama DBPWS, PPJ dan PPD Kluang)
ix. Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009: 22 - 24 Mei di Puteri Resort, Melaka.
(Anjuran PENA dan Kerajaan Melaka dengan kerjasama DBP, ASWARA dan DBPWS)
x. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Kota Tinggi: 23 Mei di SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.
(Anjuran bersama DBPWS dan PPD Kota Tinggi)


4. Program-program yang terlaksana di atas tidak akan terjadi dan terlaksana dengan baik tanpa bantuan penuh pihak jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan penulis dan teater negeri Johor dan Melaka, tambahan pula komitmen penuh padu, unggul dan bersungguh-sungguh beberapa individu tertentu yang menjadi penceramah dan pembimbing dalam beberapa program di atas seperti Cikgu Azhar Salleh, Cikgu Hj. Mohd Rosli Bakir, Cikgu Amiruddin Ali, Cikgu Hj. A. Rani serta ramai lagi nama yang banyak membantu selama 6 bulan pertama ini (mereka ini juga amat banyak membantu penuh padu dan teguh selama ini untuk tahun-tahun sebelum ini). Juga sokongan dan bantuan penuh kakitangan di pejabat. SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH TERAMAT SANGAT!


5. Maka, apakah momentum yang agak perlahan ini akan berterusan untuk 6 bulan berikutnya? Hanya rahmat dan kuasa-Nya sahaja dipohonkan doa agar terus teguh untuk berkhidmat dalam mengembangkan sastera dan bahasa serta meningkatkan apresiasi sastera dan bahasa di negeri Johor dan Melaka ini. Makanya, antara perancangan program untuk 6 bulan berikutnya dalam tahun 2009 seperti berikut:


i. Bengkel Ekspresi Puisi Melaka.FM - Julai.
ii. Ceramah dan Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional (KOMSAS) Daerah Muar - Julai.
iii. Wacana Seni Melaka 2009 - Julai.
iv. Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim ke-7 - Julai.
v. Kolokium Penulis Johor 2009 - Julai.
vi. Pengucapan Puisi Alam: Gunung Ledang - Julai-Ogos.
vii. Sayembara Deklamasi Puisi Patriotisme Sekolah Daerah Johor Bahru - Ogos.
viii. Kembara Puisi Kemerdekaan 2009 - Ogos.
ix. Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2009 - Ogos.
x. Gema Puisi Ramadan - Ogos-September.
xi. Pementasan Teater ‘Srikandi Tanah Jauhar’ - Oktober.
xii. Gema Puisi Patriotisme dan Majlis Pelancaran BBSN 2009 Negeri Melaka - Oktober.
xiii. Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ dan Drama 10 Minit ‘Dalang’ - Oktober.
xiv. Bicara Karya Sastera Negeri Melaka 2009 - November.
xv. Penerbitan Buku Antologi Puisi dan Cerpen Pelajar Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor dan Melaka 2008-2009 - November-Disember.

6. Apakah program 6 bulan berikutnya ini terlaksana dengan jayanya? Pertamanya dipohon rahmat dan kekuatan daripada-Nya, keduanya bantuan dan sokongan padu anda sekalian. Jika anda ada sebarang cadangan dan idea yang berpatutan (berpatutan dengan upaya tenaga dan perbelanjaan), silalah nyatakan pandangan dan pendapat anda. Idea anda semua amat dihargai dan dimuliakan. TERIMA KASIH.

11 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Meskipun dengan kekangan kesihatan, aktiviti sastera DBPWS dapat juga berjalan dengan baik. Tahniah diucapkan kepada penerajunya. Apa-apa pun nampaknya aktiviti yang bakal mendatang cukup banyak.

Tanpa Nama berkata...

RAR,
Baguslah tu. Saya suka dengan program yang dah dibuat. Ceritalah lagi. Orang di luar, kadang-kadang tahu membantai, tak tahu apa yang kita buat. Usaha yang bagus, teruskan.

al-Kurauwi

Zaid Akhtar berkata...

Salam.
Tahniah.
Saya tidak pernah ragu dengan kemampuan Tuan RAR. Teruskan perjuangan!

Hasrina Baharum berkata...

Salam sahabat!
Jangan pernah patah semangat! Berjuang terus. Sesekali diimbau kenangan, hati meronta-ronta ingin kembali. Walaupun berbeza lapangan, perjuangan kita tetap sama.

Farmilla Hamdi berkata...

Tahniah, tuan memang seorang yang berkemampuan dalam apa jua keadaan. Setiap cabaran dan halangan memberi nikmat yang sebaliknya

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Siapa kata momentumnya perlahan?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj. Shapiai,
Terima kasih atas ucapan dan kata-kata itu. Cabaran untuk program 6 bulan berikutnya agak besar (besar acara dan biayanya). Saya perlukan idea teman-teman untuk melajukan momentum ini.

Ustaz Azman,
Sebagai petugas dan pelaksana, walau apa-apapun jua orang luar kata kita harus terus bergerak dalam lingkungan yang diamanahkan (tugas dan biaya yang ada). Terima kasih Ustaz atas kata-kata semangat itu.

Cikgu Zaid,
Bukannya apa-apa... kadang-kadang secara dalamannya kita rasa ragu-ragu atas upaya yang boleh kita buat. Semangat terkadang 'hilang sementara' atas rasa gangguan dalaman diri... ya kerana beberapa sasaran belum mencapai bentuknya! Terima kasih cikgu.

Hasrina,
Lama tidak dengar khabar...? Kerancakan tahun 2005 - 2006 masih teringat dan terbayang atas daya perkongsian yang diwujudkan. Semoga zaman itu kembali dalam pendekatan yang teratur kembali. Jasa Hasrina tetap dikenang. Terima kasih.

Sdra. Jaafar,
Sebagai insan biasa pasti ada kekurangannya, ya antaranya semangat dalaman diri yang kekadang menggugat pencapaian, namun tugas hakiki (dijalin atas rasa minat, sayang dan cinta) akan diteruskan mengikut upaya yang ada. Insyaallah. Terima kasih.

CIKGU AZHAR (KACAK LAGI BERILMU... hehe...),
1. JUJUR DINYATAKAN..., DALAMAN DIRI INI DAPAT RASAKAN BAHAWA MOMENTUM 6 BULAN PERTAMA INI AGAK PERLAHAN, NAMUN ATAS BANTUAN MORAL SERTA SEMANGAT DARIPADA RAKAN-RAKAN, PERJUANGAN UNTUK MENERUSKAN AGENDA SUPAYA 'BENDA YANG KURANG LAKU, KURANG DIMINATI DAN KURANG DIDEKATI INI' HARUS TERUS DIGERAKKAN DALAM PELBAGAI PENDEKATAN YANG SESUAI MENGIKUT UPAYA (DIRI DAN BIAYA).

2. UNTUK MERANCAKKAN LAGI MOMENTUM UNTUK 6 BULAN BERIKUTNYA INI, WAJIB MENDAPAT SOKONGAN PADU RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA, TANPA SOKONGAN DAN DOKONGAN RAKAN-RAKAN DI LUAR MAKA MOMENTUMNYA AKAN BERADA PADA TAHAP BIASA (ATAU MUNGKIN AKAN LEBIH MENURUN?). UPAYA (DIRI DAN DANA YANG ADA) JUGA HARUS JUGA DIAMBIL KIRA DALAM MERANCAKKAN MOMENTUM INI... TAPI INI BUKAN ALASAN UNTUK KITA 'TIDAK EKSTREM' (PINJAM KATA-KATA CIKGU) DALAM HAL INI!

3. BUKAN HANYA SOKONGAN DAN SEMANGAT MORAL YANG DIPERLUKAN TAPI IDEA SERTA BUAH FIKIR UNTUK KELANGSUNGAN DALAM MENJALANKAN PROGRAM MENGIKUT PENDEKATAN 'EKSTREM YANG TERKAWAL UPAYANYA' JUGA AMAT PENTING.

TERIMA KASIH SIFUKU!

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam. Untunglah orang Johor dan Melaka mendapat pengurus bahasa dan sastera yang aktif dan tabah. Betapa besar pun halangannya, aktiviti tetap terlaksana, cuma momentumnya perlahan. Teruskan usaha tuan. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

6 bulan kedua insya-Allah momentumnya tinggi. Macam kereta lama, mula2 sukar memecut tapi bila dah panas, bagai raja di litar. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah dengan anak baru!

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

salam Rusdi,
1. Momentum yang perlahan? rasanya itu perasaan sdr sahaja. Lihatlah kepada peratus perbelanjaan dan unjuran perbelanjaan 6 bulan yang akan dtg yang telah tuan laksanakan. Bukankah berjalan seperti yang direncanakan. ada juga yang santai 6 bulan pertama dan pulun habis-habisan 6 bulan yang akhirnya. Peruntukan harus dihabis dengan kegiatan sastera yang munasabah. Lainlah kalau perbelanjaan tuan dalam 6 bulan ini baru 10-15 peratus. itu memanglah tidak bekerja namanya. he he he
2. InsyaAllah akan hadir di acara Hadiah Sastera Darul Takzim. Sebagai tanda sokongan.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Mohd Isa,
Terima kasih atas kunjungan serta catatan itu, cuma berulang kali klik pada nama tuan untuk membuka blog tuan tapi gagal. Apa-apapun terus bersama berkongsi maklumat untuk semua seadanya yang mampu.

Hj. Zulkifli Khair,
Terima kasih atas catatan serta ucapan memperoleh anak baharu itu. Semoga Tn. Hj. juga terus menyokong organisasi ini dalam keadaan yang seadanya mampu dan terbaik.

Sdra. Azam,
Hehehe... nampak gayanya 'Penguasa' begitu juga adanya, banyak program nampaknya ikut tunggu permintaan sahaja... harap-harap berubah (tapi jika masih begitu, bagaimana ingin dibantu?).

Program sastera akan terus dilaksana ikut kemampuan dan upaya diri seadanya. Inipun peruntukan khas sudah lulus... maka dana makin bertambahlah sikit.

Jika berkelapangan masa hadirlah ke HSDT (memo lantik urus setia pun sudah berada di tangan tu...).