Isnin, Julai 06, 2009

MASYARAKAT MELAKA JANGAN LEPASKAN PELUANG INI...

Satu program anjuran Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) dengan kerjasama DBPWS, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka (JKKNNM) dan Kerajaan Negeri Melaka iaitu 'Wacana Seni 2009' akan diadakan pada 11 - 12 Julai 2009 di Al-Ghaffur Villa, Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, Melaka. Acara dalam program Wacana Seni 2009 ini seperti berikut:


a. 11 Julai 2009 / 2.30 petang - 5.00 petang (Sabtu) :
Sepetang Bersama SN Datuk A. Samad Said.


b. 11 Julai 2009 / 8.30 malam - 10.30 malam (Sabtu) :
Pementasan Teater 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN' - karya Dinsman, lakonan Sabri Yunus dan Sani Sudin. Satu sesi deklamasi puisi diadakan sebelum pementasan, manakala selepas pementasan diadakan sesi interaksi bersama pengarah dan pelakon.
(Sekadar makluman, pementasan teater 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN' telah dipersembahkan di Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang. Pementasan selepas di Melaka akan dipersembahan di Kedah, Selangor dan Terengganu.)


c. 12 Julai 2009 / 8.30 pagi - 11.30 pagi (Ahad) :
Wacana Pemikiran SN Usman Awang dan Majlis Tahlil untuk Arwah Usman Awang. Pembicara dalam acara ini merupakan Tan Sri Aziz Tapa, Datuk Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Prof. Madya Arbak Othman.


Kutipan akhbar SIASAH terbitan 5 - 11 Julai 2009 dalam ruangan Seni Budaya tulisan Razali Endun berjudul IPM anjur wacana seni di Masjid Tanah: Menurut Hj. Mokhtar Yasin (Ketua 1 IPM), program wacana seni ini adalah kemuncak daripada beberapa dialog seni yang telah diadakan oleh IPM sebelum ini. Pengisiannya kali ini lebih padat dan mantap.


Program yang diadakan ini secara percuma, semua golongan masyarakat dijemput hadir.

3 ulasan:

Citra Wangsa berkata...

Waaahh...seronok ni. Hebat! Dalam momentum yang perlahan pun sdr. masih hebat!

Bila pula Menunggu Kata Dari Tuhan akan dipersembahkan di Johor?

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam en.rusdi. mohon izin untuk saya iklankan di blog saya ye.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Boleh dibawa ke Johor jika 'derma duit yang diminta' sejak hampir dua bulan yang lalu dijawab atau diberikan tindak balas segera! Hehehe.... (faham kan...)

Serius, akan diusahakan untuk dibawa ke Johor Bahru (khususnya)sedaya mampu jika kena pada daya tenaga dan upaya wangnya nanti. Insyaallah.


Sdra. Wahyu,
Tidak bersalahan langsung serta amat-amat diizinkan untuk diiklankan seberapa segera yang boleh dalam blog Sdra. Wahyu. Berbanyak terima kasih...
Nantikan MC dibicarakan nanti ya...