Isnin, Julai 13, 2009

KUTIPAN: INILAH RAKYAT DIDAHULUKAN...

Nik Aziz isytihar esok cuti umum
Jul 13, 09 11:54am - Malaysiakini


Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan berlangsung esok.
Beliau berkata pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," katanya.

3 ulasan:

pakcu berkata...

hahaa..ini baru betul baru mengutamakan kepentingan mendahulukan pencapaian....
harapkan pusat ? spr ? lagi mauu bikin praya hari org kerja ada la..
mcm la sabtu ahad tu semua org dok berpelukan dgn bini dlm bilik x keluar2...
hari selasa..nak menang mudah biasa la tu :)

Zaid Akhtar berkata...

suruh Mike Riley la jadi SPR.
sure UMNO@BN@MU menang.
hehehe.

-antikonspirasi

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu dan Cikgu Zaid,
Buang dan jual sahaja 'pemain jersi no. 2' dalam pasukan hijau-putih yang ada kini! Sungguh-sungguh benar dia nak 'bersatu dan berpadu' dengan pasukan biru putih @ merah-putih-kuning tu... Mungkin 'pemain inilah' yang menyebabkan pasukan hijau-putih hampir tewas?
(PERCAYAKAH ANDA BAHAWA PERLAWANAN MU LAWAN M'SIA NANTI AKAN DIADILI SECARA BERSAMA @ BERGABUNG OLEH SPR DAN MIKE RILEY?)
Hehehe...