Rabu, Julai 08, 2009

ADA APA DENGAN 2012?

Foto Hiasan: Pementasan Monodrama 'Mandatori'
- Apakah kaitan dengan angka 2012?

1. Berita yang diterima dan dibaca sekitar pukul 2.45 petang tadi tertera 2012, kenapa 2012?

2. Mungkin angka 2012 ini angka keramat buat sesetengah pihak, tapi angka 2012 ini merupakan tahun 2012, jadinya kenapa dan ada apa dengan tahun 2012 itu? Mungkinkah tahun 2012 yang ditunggu itu merupakan tahun untuk acara sukan besar berikut:
i. Sukan Olimpik.
ii. Kejohanan Bola Sepak Piala Negara-Negara Eropah.

3. Makanya tahun 2012 itu jika dikira dari tarikh hari ini ada lebih kurang 2 tahun 6 bulan lagi (mengambil perkiraan Julai 2009 hingga Januari 2012) . Pelbagai kemungkinan akan berlaku, mungkinkah ketetapan yang dikhabarkan @ diputuskan hari ini akan berubah jika ada hujahan dan 'gerakan' untuk mengekalkan sesuatu perkara itu?
4. Secara berfikiran positif (untuk tenteramkan emosi semata-mata serta bersangka baik)- mungkin ada hujah akademik yang mewajarkan angka 2012 itu tetapi adakah mungkin ada hujah atau sentimen lain yang menyebabkan angka 2012 itu timbul? Sama-sama nantikan hujah dan perkembangan seterusnya!

7 ulasan:

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

salam.
Rusdi, aku juga selalu ke sini. Namun kadang2 singgah sahaja, tanpa mencatat apa2 pesanan. Seperti yang tuan pernah kata aku ni sedikit dengan kata-kata. Tak banyak berbicara. Namun perkembangan tuan sentiasa sahaja dipantau. Semakin aktif sekarang menambah entri baru. Tahniahla.

Sham al-Johori berkata...

Tuan RAR,
kita semua ditipu mentah-mentah oleh juak umno yang merancang secara licik. 2012 adalah tarikh ulang tahun kehancuran maruah bahasa melayu.
Salam.

azura berkata...

2+0+1+2=5. 5 itu ialah:
1. Kehancuran
2. Kebinasaan
3. Kejatuhan
4. Kekejaman
5. Kezaliman

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azam,
Terima kasih singgah melawat dan membaca blog kerdil terpencil sebegini... juga mengikuti momentum program yang dilaksanakan seadanya ini.

Tuan Shamsudin,
Kenapa 2012? Kenapa tidak 2010 sempena Piala Dunia 2010 (hehehe...)?
Katanya ingin mengukuhkan penguasaan BI dan memartabatkan BM tetapi jumlah jam untuk BI mendadak naik namun BM begitu juga adanya... Kasihan nasib BM!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Kreatif serta bermakna angka yang diaplikasikan itu. Kita sama-sama sambut 2012 nanti dengan merayakan Sukan Olimpik di London nanti, mungkin Malaysia akan dapat 5 pingat nanti (sama ada emas, perak atau gangsa). Sasaran 2012 itu masih terbuka untuk dihujahkan atau mungkin dalam menuju ke 2012 itu ada 'gerakan' untuk mengekalkannya!
Sama-sama kita ikuti perkembangannya!

Nimoiz T.Y berkata...

Biarlah saya berpandangan lain.

2012 dipipih untuk memberi keselesaan kepada cikgu Sains dan Matematik membetulkan kembali lidah.

Mana tahu ada cikgu yang dah tak pandai nak cakap Melayu. Asyik-asyik cakap orengg putess aja.

Hahaha. Untuk 6 bulan seterusnya (Julai - Disember), kalau ada aktiviti anjuran DBP sekitar Johor Bahru, saya nak ikut serta.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Sdra. Nimoiz,
Terima kasih berkunjung ke blog yang kecik dan kerdil sahaja sifatnya ini tetapi besar maknanya isi dapat dikongsi bersama.
Selayaknya serta amat terima kasih kerana sdra. sudi untuk mengikuti program-program DBPWS yang seterusnya itu (jika kena upaya diri dan masa). Saya pohon alamat serta nama penuh sdra. bertujuan menghantar perkhabaran dan undangan yang berpatutan.
Terima kasih.