Ahad, Julai 12, 2009

ANGKA LAGI YANG DIDENGAR...

1. Semalam 11 Julai 2009 dalam pukul 11 pagi berkesempatan menyaksikan satu 'perhimpunan besar' secara siaran lagsung televisyen. 'Tersentuh hati dan minda' melihat penuh sesaknya manusia dalam dewan itu (namun alangkah indah dan damainya hati jika yang berbondong-bondong itu datang atas usaha susah payah sendiri serta penuh ikhlas dalam hati - analoginya seperti ingin menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab atau negara kegemaran sendiri). Rupa-rupanya 'lautan manusia' itu menunggu ANGKA BAHARU yang akan disebut dan dihebahkan.
2. Awal bulan April lalu terdengar angka 1, beberapa hari lalu terdengar angka 2012, namun semalam terdengar pula angka 100, angka 6 dan angka 11. Selepas ini apakah angka yang disebut pula? Dalam laporan sebuah akhbar hari ini disebut angka 11 merupakan angka istimewa - angka 11 tercatat pada nombor kenderaan kereta, 11 kanak-kanak memakai pakaian tradisional rakyat, dan gah serta istimewanya juga ucapan perkhabaran angka 11 itu juga tercatat pukul 11.11 pagi! Pujian buat wartawan yang membuat analisis, peka dan cakna dalam melaporkan tentang perkara ini.
3. Masih hangat juga diperkatakan tentang angka 11 ini dalam laporan rasmi akhbar harian serta dalam laman web berita dan blog. Namun dalam memperkatakan angka 2012 pula, berleluasa pula sebutan BAHASA MALAYSIA! Bukankah angka 152 menyebut bahawa BAHASA MELAYU? Isu dan polemik ini pernah muncul serta hangat dibahaskan dua tahun lepas sehingga seorang penulis menganggap dirinya sebagai 'wira' dalam memperjuangkan sebutan BAHASA MALAYSIA!
4. Sama-sama dinantikan angka seterusnya yang bakal tercatat dalam akhbar dan laman web / blog serta disebut dalam televisyen / radio untuk hari-hari seterusnya. Apakah pada 14 Julai nanti tercatat angka 5 - 1 atau 4 - 2?

6 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

RAR,
yang saya cukup ingat adalah angka 4-1. MU dibelasah dan diaibkan oleh Liverpool di tempatnya sendiri dengan angka itu.

Zulfazlan Jumrah berkata...

Salam En Rusdi. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya yang tidak seberapa. Itulah nukilan hati saya, jeritan suara yang dibisukan oleh setampuk kekuasaan. Sama-sama kita berdoa semoga segala-galanya sentiasa dirahmati.Semoga bahasa yang satu ini dikembalikan semula ketuanannya dan dimartabatkan darjatnya.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Lama tidak menitip komen. Sibuk sangat. Dulu, waktu saya kaki bola, jersi saya waktu wakil sekolah bawah 15 dan bawah 18 thn, nombor 11. Waktu main untuk kelab Kretam FC, Pasir Gudang, (mula-mula sampai JB), jersi saya nombor 11. Kenapa jersi no 11? Dulu, saya minat gila pada Karl Heinz Rummenigge (kapten Jerman Barat Piala Dunia 82 dan 86). Jersi dia nombor 11. Ryan Giggs, jersi dia no 11 jugak. Tapi, itu semua tinggal kenangan...bola macam semakin jauh dan jauh daripada hidup ini...uhuk...uhuk...
Biarlah mereka dgn dunia angka, yang tak sudah-sudah!

Farmilla Hamdi berkata...

Ingat, hanya angka 1 untuk yang maha ESA...

Ameen Homestay berkata...

bro.rusdi, saya juga ingat setahun sebelum itu Mu belasah liverpool 3-0 di OT dan menang 1-0 di anfild.

angka..( arghh saya tak suka add maths ! ) hehe..

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
MU akan lagi dibelasah oleh Liverpool musim ini, yang menariknya gol Liverpool dijaringkan oleh Owen (gol sendiri)... tapi harus ingat jangan sesekali Mike Riley jadi tukang SPR nya...

Sdra. Zulfazlan,
Terima kasih atas kunjungan ke blog kecil dan kerdil ini. Kata Pak Samad pegumuman pemansuhan PPSMI ini bukan satu pengumuman tetapi 'penangguhan pemansuhan', kita sama-sama hayati erti kata Pak Samad ini!

Cikgu Azhar,
Amat dikenali cikgu juga pemain dan pengikut perkembangan bola sepak... ya jangan tinggalkan jauh-jauh sangat hal bola sepak ini cikgu kerana kita ni bukanlah 'kaki hiburan' yang berlambak kini... bola sepak merupakan salah satu 'hiburan indah' yang mengandungi pelbagai emosi yang juga mematangkan diri dan minda!

Sdra. Jaafar,
Itulah hakikat dan kebenaran yang kekal sampai bila-bilapun.

Pak Cu,
Dalam hal MU lawan Malaysia nanti, saya penyokong amat tegar dan segar kepada MU. Tengoklah nanti (serta kita sama-sama ketawa besar)MU akan belasah teruk Malaysia... itupun MU main sebagai latihan cuma!