Rabu, Jun 24, 2009

YBB KHAS SEORANG ITU - APAKAN DAYA!

1. Dalam rancangan 'Helo Malaysia' (rangkaian BERNAMA Astro 502: 24 Jun 2009 / 10 malam - 11 malam) berjudul 'Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong?', dua ahli panel popular telah dijemput iaitu Dr. Abu Hassan Hasbullah dan YB BEBAS (YBB) PASIR MAS.
2. Rancangan selama sejam ini dipengerusikan oleh Sherkawi Jirim memperkatakan tentang isu Kerajaan Perpaduan. Menarik dan ada hujah berilmu yang disampaikan oleh Dr. Abu Hassan, tetapi 'membuat gelak ketawa' pabila YBB berhujah (jika Mohd Sayuti Omar (MSO) gelarkannya Si Selantia?) - YBB terkenal dengan tinggi tahap emosinya bila berkata-kata dan berhujah serta entah apa-apa yang dicakapkannya.
3. 'Gelak ketawa terbahak-bahak' mendengar hujah YBB ini berkata-kata dengan penuh emosi dan entah apa-apa - lebih banyak menghentam secara emosi kepada PAS (sedangkan dia bertanding dulu atas tiket PAS, ingat!), bukannya hendak bercambah fikiran ke arah kebaikan bagi membincangkan isu Kerajaan Perpaduan. YBB tetap menyalahkan PAS! YBB bukannya memberikan hujah akademik atau hujah orang terpelajar tetapi memberikan hujah yang menambahkan sakit hati orang ramai!
4. Ada satu panggilan telefon; Abdullah Osman dari Seremban bertanya YBB tentang royalti petroleum untuk Kelantan dan parti mana yang bakal YBB akan berlindung @ bertanding dalam pilihan raya akan datang? YBB jawab dengan selamba 'merendahkan dan menyindir' pemimpin Kelantan; YBB sambil gelak ketawa kata pasar raya besar TESCO yang ada di Kelantan kini merupakan satu tanda kemajuan besar negeri Kelantan, Kelantan mana ada hasil minyak (petroleum), YBB juga sinis seumpama merendahkan minda pemimpin dan pengikut PAS pabila memperkatakan tentang kemajuan Kelantan selama hampir 20 tahun! Selain itu Abdullah Osman juga memberikan pandangan bahawa boleh wujud perpaduan jika UMNO berubah serta meyakinkan majoriti masyarakat Melayu terlebih dahulu.
5. YBB juga kata bahawa beliau belum tentu parti mana yang dia akan berlindung akan datang dalam pilihan raya atau mungkin tidak bertanding... tapi sempat YBB ini kenakan beberapa pemimpin lain (tanpa menyebut nama) yang juga 'melompat' macam dia. Sepanjang diskusi ini YBB antara lain berterusan melampiaskan 'dendamnya' terhadap Ketua Pembangkang kini... semacam YBB inilah seorang yang maha hebat dan maha betul!
6. Maka begitulah YBB itu yang amat terkenal itu, dalam konteks diskusi rancangan ini - perbincangan dan hujahnya 90% terkeluar atau terpesong daripada topik isi perbincangan, secara peribadi lebih menambahkan 'ketidaksukaan' majoriti masyarakat terhadap parti besar itu yang ada kini atau menambahkan keruh air yang sudah keruh! berbanding hujah dan isi oleh Dr. Abu Hassan yang mantap dan mencambahkan fikiran.

3 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Salam,
Wah marah benar dengan YBB tu..orang politik begitulah. Kita tumpang gelak dan pekakkan telinga daripada hujah-hujah yang tak bernas itu.

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Ibrahim Ali, pada pandangan saya, ketika dia bersekolah dahulu, saya rasa dia mungkin menjadi ketua kelas di kelas pemulihan! Sebab apa dia belajar di kelas pemulihan? Sebab dia bodoh! Sebab apa dia bodoh? Sebab tidak ada katak yang cerdik!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tn. Hj. Shapiai,
Bukanlah marah benar kepada YBB tu tapi 'geram' dengan sifat dan tindakannya dalam banyak keadaan. YBB ini bukannya nak jernihkan keadaan tetapi merumitkan lagi keadaan melalui hujah emosi dan entah apa-apa... nak katakan satukan seluruh orang Melayu pun bukan, nak satukan semua bangsa di Malaysia apatah lagi! Makanya... daripada 'geram' menjadi 'gelak ketawa' dengar cakap YBB ini.

Cikgu Azhar,
Hahaha... itulah antara bahagian perangai dan sikap YBB ini sejak dahulu (bermula dalam UMNO ke Semangat 46 ke UMNO ke Bebas, lepas ni apa pula?).