1. Entah mengapa awal pagi terdengar lagu ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’. Sekadar sedikit maklumat, album Search yang diterbitkan pada 1987 dengan judul lagu ini juga merupakan antara lagu semangat dan motivasi buat diri ini.
2. Sedikit ingatan pengalaman lalu terimbau, lagu dan album ini membuatkan saya serta beberapa rakan di asrama sekolah (ketika itu dalam tingkatan 3) cukup ‘menggilakan perasaan’.
3. Asrama sekolah sememangnya terletak di pinggir pantai yang menghadap Laut China Selatan. Setiap pagi kami dapat melihat mentari merah muncul di pantai ini melalui bilik @ dorm kami ketika itu. Pabila lagu ini berkumandang (melalui kaset - tika itu tiada lagi pemain CD) khasnya pada awal pagi, kami menjadikan sebagai lagu tema dalam kumpulan kami.
4. Maka sebagai tanda ingatan kembali, di bawah ini diperturunkan lirik lagu ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’. Antara lagu dalam album Search yang turut ‘menggilakan perasaan' termasuklah lagu-lagu yang boleh dikategorikan sebagai ‘lagu rock pantas’ iaitu ‘Pelesit Kota’, ‘Pembakar Perasaan’, ‘Sebatang Tongkat Untuk Berdiri’, ‘Serigala Segalanya’, dan ‘Mat Rock’; manakala lagu yang boleh dikategorikan sebagai ‘lagu balada rock’ iaitu 'Gelora Cintaku’, ‘Gadisku’, dan paling mendapat tempat dalam radio berbulan-bulan lamanya ketika itu (dan sehingga kini sebagai lagu malar hijau!) iaitu lagu ‘Fantasia Bulan Madu’.

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR
Ada Yang Tertinggal
Setelah Terbenam Mentari
Ada Yang Tertinggal
Setelah Kering Air Di Kali
Alam Telah Menyakinkan
Kau Mesti Pergi
Kau Mesti
Alam Telah Menyakinkan
Kau Mesti Kembali
Bagai Yang Telah Dijanjikan Illahi
Ada Yang Tertinggal
Setelah Musnah Semua Mimpi
Kekal Selamanya
Cintaku Dengan Cahaya Mu
Kekal Selamanya
Tetap Dalam Ingatanku
Lemas Dalam Rindu
Tenggelam Dalam Tangisan
Engkau Telah Pergi
Tapi Masih Ada
Yang Kau Tinggalkan Dalam Kalbuku
Yang Tinggal...
(Lagu dan Lirik: Search)
6 ulasan:
Waktu itu, "rock" Malaysia penuh dengan getar lagu yang jiwang sekalipun "jerit" gitarnya mengegar suasana. Tetapi sesekali lagunya memberi pengertian ketuhanan...
Sdra. Jaafar,
Banyak lagu rock dahulu (1980-an dan awal 1990-an) bukan lagu untuk hiburan getar muziknya semata-mata tetapi lirinya penuh makna dan punya 'roh' yang berpedoman berbanding banyak lagu-lagu 'sampah' kini...
Terima kasih.
Salam Rusdi,
Ingat lagi? saya ni peminat Search yang kawan jumpa di Stadium MBJB hari tu. Kawan ikuti blog ini, nanti dapat telefon o.k.
Shah, Pasir Gudang.
Benar, dulu lirik lagu ada cerita dan mempunyai "siratan makna". Sekarang lirik lagu tidak lagi ada seni puitikanya.., mungkin kesan keterbawaan generasi yang kalut dan ribut...
Salam RAR,
Nampaknya DIVA melambai-lambaikan tangan! Ulas sikit tentang album pertama Search dalam entri akan datang. Itulah album pertama dalam sejarah rock tanah air.Dan lagu rock pertama yang tercatat ialah Isi atau Kulit. Memang ada pandangan yang mengatakan bahawa Sweet Charity pelopor rock, tetapi ramai otai mengatakan bahawa rock di negara ini dirintis oleh Search. Dan album pertama perlu jadi arkib penting dalam RARWS...
Shah,
Nanti boleh jumpa ya. Minat yang yang sama dapat merapatkan lagi permulaan persahabatan. Terima kasih.
Sdra. Jaafar,
Benar... akibat ribut dan kalutnya lirik yang banyak kini membuat kita jadi keliru.
Cikgu Azhar,
Maklumat dan pengalaman tentang era ini dikongsi bersama secara beterusan, apatah lagi cikgu juga amat arif tentang era ini, sama-sama kita bertukar maklumat dan pandangan melalui blog khasnya juga dalam blog WITRA!
(Terbayang foto Search - latar belakangnya kotak-kotak dengan tulisan 'Cinta Buatan Malaysia', pemain gitarnya Man Kidal!)
Catat Ulasan