Ahad, Jun 21, 2009

DBP BERUSIA 53 TAHUN... MAJORITI MASYARAKAT SEDARKAH?

1. 22 Jun 2009 merupakan hari Ulang Tahun DBP ke-53. Mungkin ramai yang menyedari tarikh ini dan ramai juga yang langsung tidak tahu menahu. Sejarah penubuhan awal DBP boleh dibaca dan dicari melalui pelbagai bahan maklumat termasuk dalam laman web DBP.
2. Hakikatnya DBP bermula di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor pada tahun 1956. Negeri Johor sememangnya amat sinonim dalam sejarah awal negara termasuk penubuhan DBP.
3. DBP telah berusia 53 tahun? Apa kena mengena dengan masyarakat kini? Sebut DBP, majoriti masyarakat kini boleh dikategorikan dalam tiga tahap iaitu:
i. Amat mengenali dan mengetahui tentang peranan, tugas dan tanggungjawab DBP.
ii. Amat mengenali DBP kerana menerbitkan buku teks sekolah dan beberapa buku umum.
iii. Amat tidak mengenali DBP kerana DBP menjalankan tugas yang berkaitan dengan 'bahasa dan sastera' yang sukar laku, sukar diterima dan payah didekati masyarakat?
4. Perkara (iii) di atas harus ditangani dengan bijaksana dan kreatif agar 'bahasa dan sastera' yang sukar laku, sukar diterima dan payah didekati masyarakat ini berubah dalam konteks yang positif. Bagaimanakah cara, kaedah dan tindakannya?

4 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Menarik entri ini. Masyarakat Melayu, khususnya lebih mengenali dan mendekati tarikh 14 Februari, 1 April, dsbnya. Ya, siapakah golongan Melayu yang ingat akan tarikh 22 Jun itu? Jawabannya, hanya pencinta bahasa dan sastera sahaja. Jelas sekali, ini satu lagi kegagalan pendidikan di negara ini. Saya bersetuju benar dengan perkara (iii), dan usaha yang kreatif, kritis, analitis, dan tegas perlu dilakukan agar DBP diterima masyarakat. Bagaimana hendak mendekati masyarakat jika ceramah bahasa diadakan di tempat penceramah mengajar, guru yang sama berceramah dan mengajar di tempat yang sama, dan subjek yang diajar itu sama dengan kandungan kursus? Kreatifkah kita? Bijaksanakah kita? Renung-renungkanlah...

Citra Wangsa berkata...

Memang sukar utk menjual produk yang tak popular (sastera/bahasa). Masyarakat lebih suka membeli produk:
1. Slimming Tea/Slimming Gel/Slimming Herb (dan segala yg boleh 'menyelimkan'.
2. Spot Rim/Sport Toto (dan segala yang boleh 'dispot').
3. Ubat Kuat/Ubat Power (segala yg 'ubat' yg di luar kawalan KKM).

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,
Saya juga sinis tentang hal...
"Bagaimana hendak mendekati masyarakat jika ceramah bahasa diadakan di tempat penceramah mengajar, guru yang sama berceramah dan mengajar di tempat yang sama, dan subjek yang diajar itu sama dengan kandungan kursus? Kreatifkah kita?"
- Sukar jika seseorang yang begitu pasif untuk bertanya dan merujuk! Hanya hendak buat program (kuantiti program serta sekadar nak habiskan peruntukan) tetapi apakah program itu bersesuaian? Saya akan tetap jalankan komen untuk kesedaran ke arah positif.

Azura,
Boleh jual dan tingkatkan populariti produk ini jika 'Penguasa Berwajib Yang Dilantik' sedar diri dan upaya diri untuk lebih kreatif serta jangan terlalu mengharap ihsan 'program permintaan' semata-mata... Hehehe...

Tanpa Nama berkata...

RAR,
saya sentiasa yakin tugas yang baik akan ada 'mata' yang nampak. Mata kita tak sama seperti 'mata' Tuhan. Andai sentiasa mengharap mata Tuhan, mata manusia akhirnya akan melihat juga.

al-Kurauwi