Isnin, Jun 22, 2009

BAGAIMANAKAH SEBUTAN H1N1?

1. Sedang hangat diperkatakan sejak 1-2 bulan belakangan ini tentang penularan penyakit 'Influenza A @ Virus Selesema Babi' atau juga dikenali sebagai H1N1. Hangat dikhabarkan melalui berita penularannya serata dunia termasuk jangkitan di Malaysia.
2. Mendengar laporan berita radio dan televisyen berbahasa Melayu di Malaysia menyebut H1N1 sebagai 'H ONE N ONE', manakala mendengar laporan berita dan radio Singapura terutamanya siaran berbahasa Melayu iaitu TV Ria dan Radio Warna menyebut H1N1 sebagai 'H SATU N SATU', muncul kekeliruan!
3. Bagaimanakah sebutan H1N1 yang sebenarnya? Apakah sebutan H1N1 yang paling tepat dan sesuai untuk sebuah rangkaian televisyen dan radio berbahasa Melayu? Kenapa berbeza sebutannya untuk media berbahasa Melayu di Malaysia dan Singapura?

4 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

H Satu N Satu macam kampungan bunyinya, tak terpelajar bunyinya.

Citra Wangsa berkata...

H sijji, N sijji...boleh gitu??? Heheheee...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Singapura guna bahasa Melayu dan Malaysia guna bahasa Inggeris. Yang peliknya, negara yang ada menteri mentor tu lebih maju! Mungkin juga salah satu sebab, babi di Malaysia tidak belajar bahasa Melayu sebab semuanya diajar dalam bahasa Inggeris!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar / Hj. Shapiai / Azura,
'Bumble Bee, Optimus Prime dan Megatron dalam TRANSFORMER' juga telah menggunakan bahasa Melayu (dalam iklan KFC), habis kenapa tidak digunakan sebutan H1N1 ini dalam bahasa Melayu!

Menggunakan sebutan 1 dalam bahasa Melayu tidak boleh kerana matematik diajar dalam bahasa Inggeris kan...