Poster kecil maklumat jualan tiket KDT.
Petang semalam sekitar pukul 5 - 5.30 petang pergi ke Plaza Angsana, Johor Bahru. Ada beberapa tujuan apatah lagi tujuan utama untuk mendapatkan tiket Konsert Double Trouble (KDT). Menurut makluman promosi jualan tiketnya di kedai kaset Music Valley iaitu di ruang bawah Plaza Angsana. Pergi ke kedai itu lalu seseorang menyatakan kaunter jualan tiket di sisi tangga bergerak (berdekatan Restoran Pizza Hut dan KFC). Rupa-rupanya pihak penjual tiket membuka satu ruang khas secara terbuka untuk jualan tiket serta jualan barangan cenderamata (termasuk baju T) sempena KDT.
Belilah tiga tiket, secara kebetulan peroleh tiket dengan nombor sirinya 0001122, 0001123, dan 0001124. Tiga tiket ini sudah ada pemiliknya (termasuk diri sendiri). Pihak penjual itu juga mengedarkan poster kecil (saiz kertas A4) tentang maklumat tempat jualan tiket KDT. KDT akan bermula 8.45 malam pada 5 Jun 2010 di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru berdasarkan paparan pada tiket dan poster itu.
Rasa bimbang juga akan cuaca tidak menentu sejak seminggu ini di Johor Bahru, hujan turun tidak menentu masanya kadang kalanya waktu subuh (seperti hari ini), tengah hari, lewat petang dan juga sesekali hujan renyai pada malam hari. Maka sebagai langkah berjaga-jaga perlulah bersiap sepatutnya jika cuaca tidak menentu ini kerana KDT diadakan di tempat terbuka tidak seperti Stadium Tertutup MBJB ketika Konsert Di Awan Biru pada 9 Mei 2009 yang lalu.
2 ulasan:
Salam RAR,
Konsert yang pastinya menggegarkan Johor Bahru malam minggu ini. Oh, ya! Tahniah, puisi tersiar dalam Berita Harian hari ini. Ternyata RAR masih mempunyai pena yang tajam...menikam!
Cikgu Nizar,
1. KDT yang meninggalkan kesan yang baik dalam usia yang ada kini...
2. Terima kasih atas ucapan. Seadanya mampu yang ada sesekali masuk arus perdana namun tetap di bawah mutu yang biasa-biasa sahaja Cikgu.
Catat Ulasan