Jumaat, Jun 18, 2010

PELBAGAI EMOSI PD 2010, JANGAN LUPA EPL!


2 jersi berjenama Adidas-Coca Cola masih dalam simpanan yang diperoleh ketika hangatnya Piala Dunia 1998 Perancis.
Asyik, tertarik, kecewa dan pelbagai emosi semakin terhimpun kini dengan perkembangan Piala Dunia 2010 (PD 2010). Terkini saat kecewa menyelubungi kerana Perancis (antara 5 pasukan yang disebut-sebut bakal ke perlawanan akhir) tewas 2-0 kepada Mexico (siaran langsung 2.30 pagi - 4.30 pagi tadi). Perancis dengan barisan pemain yang gah serta ternama tewas mudah; selayaknya Perancis tewas pabila pemain Mexico lebih agresif dan penuh semangat. Pemain Perancis seperti Ribery dan Malouda kerap kali 'tersekat' dek kerana kekangan pertahanan Mexico. Perancis sudah 'sebelah kaki' pulang ke Paris!
Lupakan permainan buruk lagi mengecewakan Perancis itu. Ada berita terkini yang lebih teruja sifatnya iaitu saingan English Premier League (EPL) 2010-2011. Jadual perlawanan musim baharu bermula 14 Ogos 2010 dan perlawanan terakhir pada 22 Mei 2011 ini sudah dikeluarkan. Khabarnya perlawanan pertama saingan EPL sudah menarik iaitu pertembungan Liverpool menentang Arsenal, Spurs menentang Man City, dan Man U menentang Newcastle. Entah bagaimana nasib pasukan yang baharu naik EPL iaitu Blackpool nanti, mungkin jadi pasukan belasahan...? Siapakah pula yang bakal membimbing Liverpool setelah Benitez beralih arah ke Inter Milan...?
Jadual lengkap EPL 2010-2011 boleh ditatap dalam laman web rasmi Barclays-EPL atau juga dalam laman web rasmi kelab kegemaran semua dalam EPL seperti laman web Chelsea dan Liverpool.

2 ulasan:

proBNpasirputeh berkata...

ada masa bacalah fb nih

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000833000247

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
EPL tetap di hati. Apa pun Piala Dunia tidak kurang hebatnya.. Tetapi setakat ini bintang-bintang bola sepak paling mahal di planet bumi belum menunjukkan aksi yang diharapkan... Mungkin ada kejutan dalam Piala Dunia edisi 2010 ini? Sama-sama kita nantikan kerana pasukan yang dianggap "miskin" dan "kerdil" tampak bersungguh-sungguh....