Ahad, April 18, 2010

HATI BERGANDA TERLUKA - ROBOT BIRU KETARA LEMAH...

Ahh... hati terluka berganda rupanya, Robot Biru gagal lalu buatkan Robot Merah bersorak riang untuk selangkah lagi meraih gelaran 'Wira Terunggul'.

Selang beberapa jam tadi hati sudah terluka, kini pukul 2.30 pagi (18 April 2010) hati bertambah luka parah. Kadang kalanya Robot Biru semacam apakah perjuangan mereka ini? Sudah di hadapan meninggalkan Robot Merah tiba-tiba 'main-main' pula - tewas mengejut dalam pertembungan wira-wira London.



Semacam pasti berbaki 3 perjuangan lagi, rasanya Robot Biru terus kempunan untuk bergelar wira sejati musim ini, ya selepas 3 musim lalu terlepas peluang setakat berada kedudukan nombor 2 dan 3. Rasanya Robot Merah terus dapat pertahankan juaranya lagi. Sesekali lihat Robot Biru ini kurang persediaan mental pabila hadapi perjuangan yang memerlukan ketahanan minda dan fizikal secara serentak dalam saat-saat sebegini, semacam musim-musim yang lalu juga - gah dan kekal di atas sehingga tinggal 6-5 baki perjuangan mulalah lemah lalu dipintas oleh Robot Merah.



Robot Biru semacam ikut emosi pabila ketua panglimanya juga diarah keluar untuk teruskan perjuangan. Entah strategi 'lemah' yang digunakan hingga membawa kepada 'kehancuran' Robot Biru ini? Hairan melihat corak Robot Biru bertindak dan menggunakan 'senjata' yang ada, tembakan lemah dan tidak teratur banyak menguasai setiap petugas Robot Biru. Mujurlah juga kecekapan yang utuh robot di pintu pagar utama Robot Biru mengurangkan rasa aib.



Dan semacam pasti bahawa Robot Merah kekal juara kali ini...! Tidak mengapalah Robot Merah juara lagi kerana Robot Merah sudah gagal bersama Robot Biru meneruskan kelangsungan merebut juara-juara panglima peringkat Eropah...

Catatan: Foto rakaman sendiri - barang permainan anak-anak...

3 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

ayat biasa : ayam masih berrlaga :)
nikmat gol minit 92 tak terkata. mujur jiran2 tiada yg beranak kecil.kalau tidak mahu kena ketuk pintu umah hehehe...jeritan panjang membelah keheningan malam !

minggu dpn jumpa spurs..cuak seh !
harapnya bermain d laman sendiri red devil terus fokus dan skor.

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Skripnya seperti ulangan BPL musim 2008/2009... Terlalu awal untuk membuat jangkaan... Ada 3 lagi perlawanan.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Memang nikmat dapat jaringkan gol tunggal kemenangan minit 93 itu, namun amat perit buat peminat yang bukan menyokong Man U.
Jumpa Spurs nanti pasti ada insiden yang luar jangka berlaku...

Cikgu Nizar,
Skrip hampir sama seperti musim 2008/2009 tapi kali ini lebih sikit mendebarkan...