Jumaat, September 04, 2009

SANTAI: TENIS TERBUKA AMERIKA




1. Sejak melanggan ASTRO 3-4 tahun yang lalu rangkaian kegemaran pastinya bermula angka 8 iaitu rangakaian 811 hingga 815. Rangkaian sukan 24 jam ini kadang-kadang amat memuaskan tetapi kadang-kadang membosankan juga mengikut musim atau bulan tertentu.


2. Jika terdapat sesuatu kejohanan sukan yang besar dan mendapat tempat di seluruh dunia, maka ASTRO akan menambahkan rangkaian khas sukan terutama mewujudkan rangkaian 816. Wujudnya rangkaian tambahan khas 816 ini melibatkan kejohanan sukan besar antaranya bola sepak Piala Dunia dan Piala Eropah, tenis, sukan Olimpik dan Asia, badminton dan sebagainya. Namun begitu ketika kejohanan bola sepak Piala Dunia 2006 di Jerman yang berlangsung selama sebulan sebanyak 4 rangkaian wujud iaitu 816 hingga 819.


3. Sejak 2-3 tahun belakangan ini minat terhadap kejohanan dan perlawanan tenis semakin meningkat. Melalui siaran sukan ASTRO mulalah kenal secara mendalam apakah seni dan hebatnya perlawanan tenis. Dahulu pernah juga ikuti kejohanan tenis melalui berita televisyen dan akhbar semata-mata, maka kenallah juga nama seperti Ivan Lendl, Boris Becker, Pete Sampras, Andre Agassi, Stefi Graf, Martina Navratilova, Gabriel Sabatini dan lain-lain.


4. Terkini (sejak 2-3 hari lepas) kerap juga menonton kejohanan tenis Terbuka Amerika. Kejohanan ini merupakan taraf Grand Slam dalam tenis termasuklah kejohanan Terbuka Perancis, Terbuka Australia, dan Wimbledon dalam kalendar kejohanan tenis dunia. Kini sudah tahu agak mendalam tentang kiraan mata perlawanan tenis (0/15/30/40...), juga kenali istilah dan makna dalam permainan tenis antaranya 'double fault', 'tie break', 'challenge', dan lain-lain seadanya.


5. Dalam kejohanan tenis terutamanya kejohanan Grand Slam sering ada kejutan yang hebat, bukan seperti badminton yang hanya nama-nama yang sama sahaja yang akan masuk peringkat suku akhir /separuh akhir. Melalui tontonan perlawanan tenis mulalah mengenali nama tersohor pemain tenis lelaki dan wanita yang terkini antaranya Federer, Nadal, Djokovic, Murray, Roddick, Ana Ivanovic, Maria Sharapova, Darina Safina, Jelena Jankovic, Serena/Venus Williams, dan lain-lain lagi.


6. Siapakah pilihan yang bakal juara Terbuka Amerika kali ini. Pilihan: Nadal (lelaki) dan Safina (wanita)....



3 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Go Fedex Go.

Saya tetap pilih Federer. Di atas gelanggang keras, dia setapak lebih baik daripada Nadal, Murray dan Djokovic.

Seperti di Melbourne, Fedex tewas kerana banyak melakukan kesilapan mudah meskipun Nadal bermain biasa-biasa sahaja.

pakcu berkata...

federer mmg manusia terhebat pernah lahir dlm dunia tenis...tenang dlm tertekan...
apa2pun saya tetap sukakan kesungguhan nadal..:)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid dan Pak Cu,
Pilihan saya pastinya Nadal, biarpun beliau masih alami kecederaan namun masih cekal dalam Terbuka Amerika ini. Sememangnya Federer kuat di gelanggang keras berbanding di Melbourne dan Wimbledon, namun rekod unggul tetap dipegang Federer!