Ahad, September 06, 2009

SEKITAR KELAYAKAN PIALA DUNIA 2010 - ZON AMERIKA SELATAN DAN EROPAH

KELAYAKAN PERINGKAT ZON AMERIKA SELATAN -
Brazil Layak ke Piala Dunia 2010, Argentina Terus Kalah dan Cemas!


Baru sekejap tadi habis menyaksikan (10.20 pagi) perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2010. Perlawanan yang dinanti seluruh dunia, Argentina lawan Brazil, Argentina tewas 1 - 3 kepada Brazil. Brazil mengesahkan layak ke Afrika Selatan pada Jun 2010 nanti walaupun masih berbaki 3 perlawanan daripada 18 perlawanan semuanya peringkat Zon Amerika Selatan yang melibatkan perlawanan timbal balik 10 pasukan.
Argentina dengan reputasi pasukan hebat dan mantap dalam kendalian jaguh besar bola sepak dunia Maradona telah melalui 15 perlawanan dengan mengalami 5 kekalahan, 6 kemenangan dan 4 seri berkemungkinan agak sukar untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2010 memandangkan pasukan hebat ini hanya menduduki tangga ke-4 (mengumpul 22 mata) dalam kumpulan ini berada di belakang Brazil (30 mata), Paraguay (27 mata) dan Chile (26 mata), manakala di bawahnya tempat ke-5 dihuni pasukan Colombia (20 mata) dan Ecuador (20 mata).


Catatan: Permainan Argentina menentang Brazil di tempat sendiri cukup membosankan walaupun membariskan pemain utama antaranya Messi, Veron, Zenetti dan lain-lain. Tiada kreatif yang benar-benar mengancam kotak penalti Brazil ditambah kelemahan pertahanan yang ketara sehingga tiga gol mudah Brazil masuk ke gawang Argentina. Brazil mantap melalui Luis Fabiano, Kaka, dan Robinho dalam permainan yang bermutu. Perlawanan ini tidaklah hebat sangat namun Brazil bijak menggunakan taktikal atas kelemahan Argentina.


Perlawanan Tumpuan 9 September 2009 - Zon Amerika Selatan:
Paraguay lwn Argentina (Asuncion, Paraguay)
Uruguay lwn Colombia (Montevideo, Uruguay)
Brazil lwn Chile (Bahia, Brazil)


KELAYAKAN PERINGKAT ZON EROPAH -
Portugal Tipis ke Piala Dunia,
England dan Sepanyol Selangkah Lagi ke Afrika Selatan


Portugal yang memiliki pemain-pemain hebat dan mahal berkemungkinan gagal ke Piala Dunia 2010, semalam Portugal yang bersama Denmark, Hungary, Sweden, Albania dan Malta dalam Kumpulan 1 Eropah (Kumpulan Maut) hanya mencatat seri menentang Denmark hasil jaringan penyamaan minit ke-90 oleh Ronaldo (pemain paling mahal dunia). Portugal telah bermain 7 perlawanan daripada 10 perlawanan keseluruhannya dalam kumpulan ini dengan hanya mengutip 10 mata pada kedudukan tangga ke-4 di belakang Denmark (7 perlawanan - 17 mata), Hungary (7 perlawanan - 13 mata), dan Sweden (7 perlawanan - 12 mata). Peluang Portugal yang berbaki 3 perlawanan lagi tipis untuk layak melainkan Portugal berjaya menduduki tangga kedua kumpulan, dan seterusnya bermain dalam perlawanan 'play-off' menentang pasukan yang berkedudukan tangga kedua dalam Kumpulan 2 - 9 Eropah.
Perlawanan kelayakan peringkat Eropah yang menarik perhatian semalam; Sepanyol membelasah Belgium 5 - 0 (kumpulan 5), Itali tewaskan Georgia 2 - 0 (kumpulan 8), dan Perancis terus bergelut dengan Serbia bagi merebut juara kumpulan 7, Perancis hanya seri 1 - 1 dengan Romania di Paris.
Semalam England hanya menentang Slovenia dalam perlawanan persahabatan, England menang 2 -1 di Wembley. England kini mendahului Kumpulan 6 telah bermain 7 perlawanan dengan mengumpul mata kemenangan maksimum 21 mata, di belakangnya Croatia (8 perlawanan - 17 mata). Namun England masih berbaki 3 perlawanan lagi akan menentang Croatia pada 9 September ini di London, jika menang England layak ke Afrika Selatan.


Sepanyol yang mengungguli Kumpulan 5 dengan mata kemenangan maksimum 21 mata hasil 7 kemenangan berturut-turut pasti juga akan ke Afrika Selatan jika menang ke atas Estonia pada 9 September ini di Sepanyol. Belanda mengetuai Kumpulan 8 telah layak awal ke Piala Dunia 2010. Peluang terlalu amat tipis buat pasukan pilihan lain seperti Republik Czech dan Romania untuk sekurang-kurangnya bermain 'play-off' dalam menentukan tiket ke Piala Dunia 2010 dalam konteks kuota Zon Eropah.


Perlawanan Tumpuan 9 September 2009 - Zon Eropah:
England lwn Croatia (London, England)
Hungary lwn Portugal (Budapest, Hungary)
Itali lwn Bulgaria (Turin, Itali)
Serbia lwn Perancis (Belgrade, Serbia)
Sepanyol lwn Estonia (Merida, Sepanyol)
Scotland lwn Belanda (Glasgow, Scotland)

3 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Pasukan pilihan (yang disokong) di WC2010:
1. Belanda
2. Sepanyol
3. Argentina

oppss...
4. England (sokong Steven Gerrrad dan Glen Johnson saja)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Zaid,
5 Pasukan pilihan (yang disokong jika layak) dalam WC2010 nanti:
1. Itali
2. Sepanyol
3. Argentina
4. Portugal
4. England (kerana ada Lampard, Terry, A. Cole, Gerrard - namun selagi Rooney sebagai penyerang yang panas baran, maka England setakat pusingan kedua sahaja nanti...)

Saya mula mengikuti Piala Dunia sejak tahu 1982 (Spain 82) iaitu darjah 4, dan bermula 1982 terus meminati Itali selaku pasukan pertama walaupun kuat atau lemah sehingga kini... Ingat lagi Paolo Rossi wira Itali tahun 1982! Ya ketika dalam pusingan kedua WC 1982 Itali bersama Brazil dan Argentina, Itali berjaya tewaskan dua pasukan besar ini...

Shemmi berkata...

itali sudah layak..yahuu~!!!!