Isnin, September 28, 2009

BANTULAH USAHAWAN BUMIPUTERA...?

Pergi ke sebuah kedai berstatus bumiputera yang menjual nilai tambah (top-up) talian telefon bimbit dan menjual pelbagai jenama telefon lewat petang tadi kali ini cukup terkesan menyentuh jiwa. Penjual di sebuah kedai di Bandar Baru Uda tidak jelita dan betubuh agak gempal serta berkulit agak gelap asyik menekan telefon bimbitnya... mungkin asyik menghantar pesanan ringkas (sms) - saya fikirkan mungkin beliau sedang asyik bercinta dengan lelaki paling tampan dan kacak di dunia ini.
Lalu saya berkata, "Nilai tambah telefon bimbit RM30".
Beliau si gadis tidak menawan ini dengan muka selamba dalam nada suara tidak mesra langsung serta asyik dengan sms berkata "Berapa ringgit?", saya ulang RM30 untuk talian Celcom.
Beliau yang tidak mesra pelanggan dalam wajah yang tidak jelita bertanya lagi, "Nak kad top-up atau nak masukkan terus nilai RM30 ke telefon?".
Saya jawab dalam nada tenang, "Masukkan terus nilai RM30 ke nombor..." saya belum habis perkataan terakhir beliau terus dalam nada tinggi bertanya "Nombor handphone apa?", lalu saya jawab dalam tenang, "Nombor 019-......." lalu saya berikan duit RM50.
Beliau masih dalam nada sombong "Duit RM10 sekeping-keping tak ada ke...?", lalu saya jawab tenang lagi "Maaflah, tiada."
Kata hati, Maaf...! Beliau yang tidak jelita dan bertubuh agak gempal saya lihat bertambah tidak jelita, gempal dan memualkan!


Soalnya, pada dinding kedai itu tertera dalam huruf besar dan jelas dibaca dari jauh ayat "TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA". Makanya, itulah mungkin kali terakhir saya boleh membantu USAHAWAN BUMIPUTERA ini, lebih baik saya membantu USAHAWAN BUMIPUTERA lain yang benar-benar mesra pelanggan dan baik terhadap pelanggan dalam berkomunikasi serta berbudi bahasa walaupun kedai usahawan bumiputera itu tidak tertera perkataan tersebut. Bukan soal penjual itu penuh jelita dan cantik amat atau rupa paras yang tidak menawan serta tidak 'berbentuk tubuhnya' tetapi yang penting penjual harus berkomunikasi dengan baik dan mesra dengan pelanggan walaupun pelanggan itu berbelanja hanya 10 sen di kedainya; yang berwajah tidak jelita serta tidak menawan itu akan menjadi jelita dan menawan secara automatiknya jika berkomunikasi serta berbudi bahasa dengan baik dan mesra dengan pelanggan!

1 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam Saudara,
Apa yang saudara alami mungkin pernah terjadi kepada orang lain juga. Adakalanya, kita memang benar-benar mahu membantu BUMIPUTERA dalam bidang perniagaan. Namun seperti yang saudara timbulkan, isu segelintir peniaga BUMIPUTERA yang bersikap demikian walaupun secara tidak keseluruhannya, akan memberikan sedikit impak kepada peniaga BUMIPUTERA yang lain. Konon bijak, tetapi sebenarnya berlagak. Inilah yang dikatakan pandai, tetapi tidak bijaksana.