Sejak 1 Ramadan 1430 H bermula 22 Ogos 2009, banyak muncul Bazar Ramadan di merata tempat. Di Johor Bahru khasnya di Bandar Baru Uda, Tampoi dan Larkin sahaja (yang sempat dikunjung) terdapat 7 - 8 Bazar Ramadan. Pelbagai juadah lazat dan hebat mudah diperoleh, pastinya juga juadah dan lauk masakan Kelantan dan Terengganu yang dicari kerana ketika ini sahajalah juadah negeri Pantai Timur mudah dibeli.
Bukan soal juadah yang ingin diperkatakan di sini tetapi sedikit pengalaman kecil melalui pendengaran, komunikasi pembeli dengan penjual, dan visual tulisan yang dipaparkan. Bahasa dan sebutan yang pelbagai dapat didengar yang merangkumi pelbagai jenis juadah dan kuih serta`tertera tulisan nama setiap juadah dan kuih. Satu pengalaman kecil yang agak membekas dan menggelikan hati seperti berikut:
i. Bazar Ramadan Plaza Angsana - 2 juruhebah sibuk dengan tugasnya mempromosi gerai jualan yang ada di situ, lalu salah seorang rakannya bertanya apakah makna dan terjemahan bagi 'black pepper'? Rakannya dengan penuh yakin dengan menggunakan mikrofon menyatakan terjemahannya 'kertas hitam', lalu rakannya menegur bahawa terjemahan dalam bahasa Melayu 'lada hitam'! Seluruh kawasan letak kenderaan Plaza Angsana mendengar 'perbualan lucu' 2 juruhebah itu.
ii. Bazar Ramadan Stadium Larkin - Seorang pembeli bertanya ada jual 'caramel' kepada seorang penjual yang sudah berusia lanjut. Kebingungan mak cik penjual itu, pembeli itu melihat ke kanan dan ke kiri... lalu ternampak kuih 'caramel' yang diingininya, mak cik tersebut dengan selamba menyebut "ohh... cakaplah kuih puding telur...".
Catatan - ejaan bahasa Melayu dalam Kamus Dewan Edisi Keempat - Karamel: gula hangus yang digunakan sebagai pewarna dan perasa makanan.
iii. Bazar Ramadan Stadium Larkin - penjual lauk Gulai Kawah dieja dan ditaip besar iaitu GULAR KAWAH. Sempat tegur peniaga itu kerana sering juga beli Gulai Kawah di gerainya.
iv. Ejaan RAMADAN banyak dieja RAMADHAN secara meluas pada kain rentang dan pelbagai bentuk makluman bercetak yang tersebar di sekitar Johor Bahru.
2 ulasan:
Salam RAR,
murtabak@martabak? beryani@beriani? Demikianlah adanya sikap bangsa Melayu...Hairan jugak, kalau tulis dalam BI takut buat salah pulak!
Cikgu,
Saya akan ciptakan satu puisi atau satu artikel yang dah ada judulnya iaitu SATU JIWA SATU BAHASA sempena laungan besar konsep 1 Malaysia.
Catat Ulasan