Selasa, Disember 28, 2010

JERSI BIRU ATAU KUNING?

Jersi biru skuad Malaysia dipadankan dengan bendera negeri Johor... cantik dan menarik juga! (foto diambil dengan izin dalam 'facebook' rakan bernama Roziah Ahmad Moin - warga Muar, Johor.)

Seluruh media dan masyarakat Malaysia sejak 2 hari lalu memperkatakan tentang kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki. Sedari 2-3 hari sebelum perlawanan tersebut dihebahkan agar para penyokong Malaysia memakai pakaian warna kuning... maka diberitakan juga jersi Malaysia jenama Nike yang cantik berbelang halus itu juga habis dijual. Lautan penyokong Malaysia hadir ke Stadium Bukit Jalil tempoh hari memakai jersi kuning tapi pemain skuad Malaysia pakai jersi warna biru...? Alangkah manis dan indahnya para pemain pakai jersi kuning (jersi utama Malaysia) selaku tuan rumah, manakala itu skuad Indonesia layak pakai jersi warna putih (jersi kedua Indonesia) kerana bertandang ke tempat lawan.
Apa-apapun jersi biru atau jersi kuning, skuad Malaysia khusus untuk Piala AFF ini harus dibanggakan tetapi jangan terlalu amat sangat yakin 100% pasti menjulang piala kerana masih ada 90 minit (atau mungkin masa tambahan) di stadium keramat Indonesia di Jakarta esok. Malaysia harus menjaringkan satu gol awal (dalam tempoh 10-15 minit permainan) agar tekanan dalam pelbagai hal kini buat skuad Malaysia dapat dikurangkan...

Tiada ulasan: