Khamis, Mac 25, 2010

PPMPSMNM 2010 - HARI KEDUA

Azhar Salleh - Sesi malam yang hangat dan panas...

Azhar Salleh - Sesi pagi yang ceria...

Buku-buku antologi perkampungan 2008-2009 dan 2006-2007.

Komputer bimbit dan para peserta.
(Catatan dari Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka - 1.00 pagi - 25 Mac 2010)

Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Melaka (PPMPSMNM) 2010 yang bermula pada 23 Mac sehingga 25 Mac 2010 di Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin, Melaka masuk hari kedua. Program anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) melibatkan seramai 56 pelajar dari seluruh sekolah menengah dalam negeri Melaka. Program ini bermula sejak tahun 2002 sehingga tahun ini telah berlangsung sebanyak 7 kali dengan komitmen serta izin penuh pihak JPNM.

Hari kedua program bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari diadakan sesi 'Penulisan Puisi' yang disampaikan oleh Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP merangkap penulis prolifik karya puisi dan cerpen negeri Johor dan kebangsaan. Sesi petang bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang diteruskan dengan sesi sambungan hal-hal penulisan cerpen oleh Cikgu Mohd Kasim Mahmud.
Sesi pukul 6 petang sehingga 7.30 malam merupakan 'sesi kunjungan peribadi' melibatkan penceramah dan urus setia ke Anjung Batu, Jasin, Melaka. Sesi ini merupakan sesi 'menyelerakan' pabila menjamah ikan bakar di tepi pantai Anjung Batu.

Sesi malam bermula pukul 8.30 sehingga 10.30 malam melibatkan sesi sambungan penulisan cerpen yang disampaikan oleh Cikgu Azhar Salleh. Sesi yang 'hangat dan panas' oleh sebab dua keadaan iaitu cuaca yang hangat dan penyampaian ceramah serta bimbingan Cikgu Azhar yang panas, diselitkan dengan motivasi dan kesedaran terhadap nasib serta perkembangan bahasa Melayu kini.
Tugasan untuk menghasilkan sebuah cerpen dan ditambah 3 puisi untuk penilaian diamanahkan kepada setiap pelajar. Para pelajar wajib menghantar karya cerpen malam tadi dan menghantar 3 puisi menjelang pukul 8 pagi esok harinya (25 Mac 2010 - Khamis).

1 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Biarpun peluh yang mengalir dan suara makin dicengkam serak, dalam waktu yang sama, candu Mild Seven mendesak, namun suara perjuangan harus perlu bergema untuk membangkitkan kesedaran anak-anak, generasi muda agar tidak terus tersungkur kerana ketiadaan suara ang benar untuk mendampingi mereka. Mereka hanya pendengar dan penerima, dan selama ini mereka telah disogokkan bahawa hanya bahasa penjajah sahaja yang akan menjadikan bangsa itu bejaya. Alhamdulillah, dengan suara dan kesempatan yang diizinkan ini, mudah-mudahan bersisalah kesedaran untuk dibawa pulang sebagai bingkisan. Perkampungan ini dilihat berjaya, dari kaca mata MAY. Dan semoga, perkampungan ini akan terus menunggang qada dan qadar ke arah memusnahkan grafiti! Apa yang gua mengarut nih! RAR, terima kasih kerana belanja asam pedas claypot ikan merah! Perkampungan Melaka kali ini membekas...Tahniah untuk pemilik telefon bimbit seratus lima puluh ringgit dan second hand, atas komitmen penuh jitu dan padu.