Khamis, Mac 25, 2010

PPMPSMNM 2010 - HARI AKHIR

Ini bukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang gah di PWTC Kuala Lumpur, ini sebahagian peminat yang memohon tandatangan di kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.

Gaya penuh bersemangat seorang penceramah unggul. Panas dan hangat bukanlah halangan yang perlu dirintihkan buat beliau dalam perjuangan sastera dan bahasa.

Cikgu Mohd Kasim Mahmud menilai karya cerpen pelajar.
(Catatan dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru - 9.00 malam - 25 Mac 2010)

Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Negeri Melaka (PPMPSMNM) 2010 yang bermula pada 23 Mac sehingga 25 Mac 2010 di Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin, Melaka selesai hari ini. Program anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) melibatkan seramai 56 pelajar dari seluruh sekolah menengah dalam negeri Melaka. Program ini bermula sejak tahun 2002 sehingga tahun ini telah berlangsung sebanyak 7 kali dengan komitmen serta izin penuh pihak JPNM.

Hari akhir program bermula pukul 8.30 pagi sehingga 11.15 pagi diadakan sesi 'Penilaian Karya Cerpen dan Puisi' yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Kasim Mahmud dan Cikgu Azhar Salleh. Sesi penutup bermula pukul 11.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari agak istimewa pabila Hj. Mokhtar Yassin, penerima Anugerah Sasterawan Negeri Melaka hadir menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar. Hj. Mokhtar Yassin menerima anugerah yang julung kalinya diadakan buat negeri Melaka pada 22 Januari 2010 yang lalu.
Sesi tandatangan penceramah selepas sesi penutup yang tanpa dirangka langsung turut menghiasi saat-saat akhir perpisahan dalam program perkampungan pada kali ini. Cikgu Azhar Salleh (seperti foto di atas) dan Cikgu Mohd Kasim Mahmud tidak menang tangan ketika sesi yang tidak dirancang ini.

Semua tugasan menghasilkan sebuah cerpen dan 3 puisi yang diamanahkan kepada setiap pelajar berjaya disiapkan. Seperti biasa dalam tempoh 1-2 minggu terdekat ini penceramah akan menilai karya cerpen dan puisi untuk dikemaskan dan disunting bagi dihantar ke majalah terbitan DBP khususnya majalah Dewan Siswa dan Tunas Cipta juga untuk diterbitkan dalam buletin Jendela Selatan DBPWS. Selain itu, karya pelajar ini juga akan dinilai dan dipilih untuk dimuatkan dalam antologi pelajar perkampungan negeri Melaka dan Johor seperti amalan yang lepas dilaksanakan oleh DBPWS sejak tahun 2003 - 2009.
Seterusnya..., perkampungan peringkat negeri Johor 2010 bakal diadakan pada 5 - 7 April 2010 di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya, Johor.

5 ulasan:

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam tahniah, en.rusdi; seusainya program Perkampungan ini. semoga adik-adik ini terus menulis dan tidak berputus asa.

Ilham Ainol berkata...

salam singgah,en. Rusdi,
Tahniah.berputar ligat nampaknya en.rusdi menyelaras aktiviti seni dan sastera demi anak bangsa.
syabas...jangan lupa kepada siswa UiTM johor...mereka pun perlu disirami hujan seni sesekali di tebingan sungai segar amat ini...

Zaid Akhtar berkata...

hampa.
tahun yang hampa bagi anak-anak murid saya. :-(

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Foto yang hebat, dari sisi yang mengujakan, dan latar cerita yang membangkitkan selera membaca! Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak RAR atas segala kepercayaan selama ini. Azhar Salleh berdiri di pentas bahasa dan sastera atas ihsan RAR dan DBP, dan atas izin Allah SWT. Kerana, bahasa dan sastera yang mendarah daging ini perlu disebarluaskan dengan suatu suara, satu semangat, ya, semangat perjuangan harmoni! Terima kasih RAR!
p/s: Syukur, ikan bakar di Anjung Batu bukan ikan yang terlaknat! He..he..he...

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR sekali lagi,
Jika ada foto penceramah yang 'kacak' itu, jolok-joloklah ke witra! He..he.. he..