Rabu, Mac 31, 2010

CATATAN SEPARUH CERIA...

Separuh ceria juga mendengar khabar bahawa sebuah pasukan 'terhandal dan kukuh' di dunia tewas semalam di Jerman, khabarnya tewas 1-2. Hanya dengar khabar dan baca akhbar sahaja, tidak teringin menontonnya...
Khabarnya juga pasukan itu mendahului pada minit kedua lagi... Ya, pasukan merah yang 'unggul' itu.
Khabarnya juga pada 3 April ini di sebuah bandar 'tua' (Old) edisi 'membalas dendam' kepada pasukan biru akan berlaku atas ketewasan di Jerman.
Awas dan berjaga-jaga pasukan biru..., ini sudah tahap BERBAHAYA itu kerana alasan 'membalas dendam', atau mungkinkah pasukan merah itu tewas lagi pada 3 April ini lalu bakal menambahkan RACUN buat 'para peminat besar dan tegarnya...', atau apakah pasukan biru bakal menjadi PEROSAK buat pasukan merah itu?
(Foto hanya sebagai hiasan - Merbahaya sepatutnya dieja Berbahaya)

3 ulasan:

Ameen Homestay berkata...

ayam masih berlaga !
Hehehe
Kecemburuan khalayak terhadap sebuah keunggulan adalah perkara normal...
Ye, no.19 akan diusahakan agar ia menjadi sebuah rekod baru, hanya utk yg ter UNGGUL bukan tunggul :)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pak Cu,
Dengar khabarnya pemain 'unggul' dalam pasukan merah itu tercedera teruk, tengok fotonya dalam akhbar macam sudah tiada kaki...? Habis itu bagaimana hendak tendang bola...? atau boleh bermain 'tanpa kaki' dengan bergantung kepada 'tandukan' semata-mata...!
Memang yang UNGGUL sentiasa dicemburui, bukankah sifat cemburu itu jua ada positifnya...

Ameen Homestay berkata...

tu le pasal..thn depan memang kena hangkut player foward yg extreme hebat..apa2 pun sekali lagi, ayam masih berlaga ! hahaha...kalah next week baru la bleh tutup buku.

*** wargh, tinggal si batov berat punggung je lagi..dengan mamat diouf je..kalau menang gak, memang la unggul :)