Ahad, Januari 17, 2010

SANTAI: FOTO PEMAIN CHELSEA DI ANGOLA

Foto kutipan dalam web Berita Harian Online.

Sempat juga mengikuti perkembangan Kejohanan Bola Sepak Negera-negara Afrika yang kini berlangsung di Angola. Kejohanan ini seumpama kejohanan bola sepak negara-negara Eropah. Ramai pemain dari negara-negara Afrika yang bermain dalam liga utama di Eropah terutamanya dalam English Premier League (England), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali), Bundesliga (Jerman) dan Ligue 1 (Perancis) kini berkhidmat penuh untuk pasukan kebangsaan masing-masing.
Foto di atas melibatkan perlawanan Ivory Coast menentang Ghana. Menariknya foto di atas - persaingan antara dua pemain Chelsea iaitu Essien (Ghana) dengan Kalou (Ivory Coast), kedua pemain utama Chelsea ini memakai jersi bernombor 8, seorang lagi pemain Chelsea dalam pasukan Ivory Coast merupakan Drogba. Semalam tanpa bintang Afrika iaitu Drogba - Essein - Kalou - Mikel, Chelsea membelasah Sunderland 7 - 2. Melihat perlawanan Chelsea semalam sepatutnya Chelsea boleh menang dengan 10 gol pabila beberapa percubaan Anelka dan Joe Cole hampir menggegarkan gawang gol.
Ivory Coast menewaskan Ghana 3 - 1.

1 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Tahniah buat Chelsea yang berkenduri gol malam tadi, meratah Sunderland. Tahniah juga buat MU, walaupun tidak berkenduri gol tetapi berjaya membenam Burnley (dendam terlunas!). Secara jujur, saya belum berkesempatan untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Afrika yang sedang berlangsung sekarang. Sebenarnya saya berasa kagum, belakangan ini ramai pemain-pemain dari Afrika mula menguasai kelab-kelab bola sepak tersohor Eropah yang suatu ketika dahulu didominasi oleh pemain-pemain dari Amerika Latin dan benua Eropah sendiri. Namun setakat ini, pemain-pemain Asia yang beraksi di kelab-kelab Eropah masih kurang menyerlah. Pemain-pemain dari Asia Tenggara bagaimana? Pemain-pemain dari Malaysia?