1. Program anjuran bersama DBPWS dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) ini telah diadakan pada 14 - 16 April 2009 di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Seramai 44 pelajar tingkatan 4 hingga 6 dari seluruh negeri Johor (mewakili 10 daerah di negeri Johor) yang dipilih oleh JPNJ menyertai perkampungan ini. Selain untuk memilih 5-6 pelajar ke peringkat kebangsaan (skema pemilihan melalui penilaian karya yang baik dan bermutu ketika dalam perkampungan), hasil karya pelajar juga yang baik bermutu akan diusahakan untuk dihantar ke pihak media cetak yang bersesuaian dalam lingkungan umur pelajar berkenaan, selain menghasilkan antologi hasil daripada karya terbaik yang telah dinilai.
2. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP merupakan penceramah dan pembimbing utama program ini dengan dibantu oleh En. Zulkifli Khair (Penceramah dan Penulis Bebas prolifik Johor) bagi slot awal iaitu 'Motivasi Penulisan'. Program ini dijayakan lagi dengan bantuan penuh guru pengiring daerah seperti maklumat di bawah:
i. Cikgu Mohamad Yazid Abdul Majid - Zaid Akhtar (Segamat).
ii. Cikgu Mohamad Taufek Mahamud (Muar).
iii. Cikgu Hamzah Rahman Soriat (Kulai Jaya).
iv. Cikgu Hamzah Hamdan (Kluang).
v. Cikgu Ayob Ahmad (Pasir Gudang).
vi. Cikgu Rohaidah Yon (Batu Pahat).
vii. Cikgu Nurani Abdullah (Mersing).
viii. Cikgu Khuzaimah Haji Siraj (Kota Tinggi).
ix. Cikgu Zulaiha Paikon (Pontian).
x. Cikgu Zaleha Abd Hamid (Pasir Gudang).
xi. Cikgu Haryati Mohamad Isa (Johor Bahru).
i. Cikgu Mohamad Yazid Abdul Majid - Zaid Akhtar (Segamat).
ii. Cikgu Mohamad Taufek Mahamud (Muar).
iii. Cikgu Hamzah Rahman Soriat (Kulai Jaya).
iv. Cikgu Hamzah Hamdan (Kluang).
v. Cikgu Ayob Ahmad (Pasir Gudang).
vi. Cikgu Rohaidah Yon (Batu Pahat).
vii. Cikgu Nurani Abdullah (Mersing).
viii. Cikgu Khuzaimah Haji Siraj (Kota Tinggi).
ix. Cikgu Zulaiha Paikon (Pontian).
x. Cikgu Zaleha Abd Hamid (Pasir Gudang).
xi. Cikgu Haryati Mohamad Isa (Johor Bahru).
3. Program kali kelapan yang diadakan pada kali ini merupakan kesinambungan yang baik sejak pertama kali diadakan pada tahun 2002, dan sememangnya mendapat bantuan penuh JPNJ.
4. Sejak diadakan program ini bermula tahun 2002 hingga 2008 untuk pelajar negeri Johor dan Melaka, Unit Sastera DBPWS telah menerbitkan beberapa antologi karya pelajar (cerpen dan puisi) antaranya 'Pengorbanan' (antologi cerpen peserta 2006-2007) dan 'Jaring Harapan' (antologi puisi peserta 2006-2007). Walaupun kecil dan kerdil antologi yang diterbitkan ini serta bertaraf 'khidmat sosial', namun besar buat para pelajar yang karyanya terpilih dalam antologi tersebut. Antologi karya pelajar yang menyertai perkampungan pada tahun 2003-2004 juga pernah diterbitkan. Untuk himpunan karya pelajar perkampungan yang terbaik dan bermutu tahun 2008-2009 akan diterbitkan juga... insyaallah dalam tahun ini.
5. Besar ucapan terima kasih buat Cikgu Azhar, kesemua guru pengiring daerah, pegawai dan kakitangan JPNJ, dan En. Zulkifli Khair dalam menjayakan program kali ini, juga terima kasih buat urus setia DBPWS iaitu Sdra. Mohd. Rizal, Cik Norsyuhada, dan Sdra. Mohd Shahrur. Sebarang kekurangan dan kelemahan yang ada dalam program ini merupakan kelemahan saya sendiri. Maaf atas kekurangan yang ada.
6. Buat WITRA, tidak salah saya gelarkan anda sebagai TIANG SERI program ini (negeri Johor dan Melaka) sejak 4-5 tahun kebelakangan ini. Buah tangan dan minda WITRA sememangnya banyak mengubah konsep perkampungan yang diadakan sejak beberapa tahun lalu. Sikap dan tindakan 'menongkah arus' pada awalnya sehingga membawa kepada PENAMBAHBAIKAN dalam program ini sejak beberapa tahun lalu telah mula menampakkan kesan yang positif (sama ada kecil dan besar). Namun kita tidak harus leka..., selagi ada upaya dalam keadaan seadanya mampu... kita harus sentiasa menjalankan penambahbaikan dan pendekatan yang positif. Terima kasih WITRA... walaupun kali ini ada 'sekelumit cabaran' dalam tempoh 3 hari 2 malam di Pasir Gudang, namun ilmu tetap diutamakan!
4 ulasan:
Semoga usaha ini melahirkan lebih banyak penulis muda yang 'unggul'. Harap bakat mereka tidak hanya di perkampungan sahaja.
*Kenapa Lelaki Unggul tegak berdiri menjadi Tiang Seri pula? Runtuhkah rumah, tanpa 'tiang seri'?
Salam RAR,
Saya tidak bersendirian dalam hal ini. Tanpa sokongan dan dukungan padu Unit Sastera DBPWS, program ini menjadi halusinasi, dan jikalau dapat diadakan pun, akan terencat. Begitu juga sokongan staf DBPWS dan rakan-rakan guru,misi ini akan menjadi mustahil dan paradoks. Kita sama-sama membangunkan minda peserta agar mereka akan tegar memperjuangkan warisan bahasa dan sastera di wilayah daksina, khasnya.
Salam AZURA,
Mudah-mudahan usaha ini akan membibitkan kejayaan melahirkan kalangan penulis mapan suatu masa nanti. Kita doakan.
Entahlah, mengapakah Lelaki Unggul tegak berdiri menjadi Tiang Seri pula? Mungkinkah rumah akan runtuh tanpa Tiang Seri? Rasa-rasanya, bukan saya yang layak untuk membicarakannya...
Cikgu,
Sesuatu barang atau perkhidmatan khasnya bernama @ berjenama sastera dan bahasa yang terkenal tidak laku, tidak diminati dan tidak didekati majoriti masyarakat, jika tiada pendekatan serta kaedah 'hebat dan luar biasa' daripada seseorang penceramah/pembimbing dan sesebuah organisasi untuk memikat masyarakat... maka barangan bernama @ berjenama sastera dan bahasa ini akan berterusan tidak laku, tidak diminati dan tidak didekati majoriti masyarakat.
Azura,
i. Ada peserta perkampungan ini sudah mula giat berkarya sama ada bekas peserta itu masih di sekolah dan IPT serta yang sudah berkerjaya... istimewanya beberapa bekas peserta ini bergerak sendiri hasil bimbingan serta laluan yang diberikan. Alhamdulillah.
ii. Perlu dan amat pentingnya seseorang dan sesebuah organisasi / unit bergelar 'tiang seri' untuk menghilangkan sedikit demi sedikit tentang tidak laku, tidak diminati dan tidak didekati majoriti masyarakat dalam hal sastera dan bahasa ini.
Sekian.
Tahniah di atas denyut istiqamah menjana penulis negara!
Catat Ulasan