Selasa, April 07, 2009

TAHNIAH! MENANG JUGA WALAUPUN 2 - 1

1. Akhirnya keputusan rasminya 2 -1, syukur kepada Yang Maha Esa.
2. Pasukan lawan 'jersi biru gelap berteman penimbang putih' menggunakan pelbagai teknik dan strategi 'maha hebat' menyerang habis-habisan, namun syukur pasukan 'jersi hijau bertompok putih dan biru muda berlambang mata' pintar, bijak akal dan cekap menanganinya...
3. Namun sedikit kecewa walaupun menang, jangkaan dan harapan keputusan perlawanan ini biarlah 3 - 0. Namun syukur kerana masih ada kelemahan dalam pasukan 'jersi hijau bertompok putih dan biru muda berlambang mata' yang harus dibaiki secara segera dan bersama.
4. Jika menang 3 - 0, rasanya boleh buat 'ubat'... biarlah sedar diri sikit atas sikap ego buat Pengurus Pasukan 'jersi biru gelap berteman penimbang putih' iaitu namanya Sang bijaN dan penasihatnya Sang Negarawan Besar itu.
5. Namun kemenangan dua pasukan di tanah jelapang padi dan tanah timah itu memperlihatkan peningkatan yang baik! Syukur sekali lagi... ini suara dan sokongan penonton setia.
6. Pasukan di tanah kenyalang tewas kerana beberapa faktor yang rasanya atas sebab isu 'stadium' yang jauh itu, mungkin penonton di sana belum menerima sepenuhnya 'lampu limpah' yang sewajarnya...
7. TAHNIAH BESAR ATAS KEMENANGAN BUAT PASUKAN JELAPANG PADI DAN TANAH TIMAH YANG MENGGUNAKAN 'JERSI HIJAU BERTOMPOK PUTIH DAN BIRU MUDA BERLAMBANG MATA' INI...!

Tiada ulasan: