Rabu, April 08, 2009

MASIH ADA BOLA SEPAK DI MALAYSIA RUPANYA...! TERINGAT ZAMAN LIGA SEMI PRO!

Sumber foto: bharian.com.my

Sedang sibuk masyarakat hari ini memperkatakan tentang tewasnya UMNO @ BN di dua bukit yang besar juga kesannya, secara tiba-tiba timbul satu perkhabaran tentang bola sepak negara. Semalam dikhabarkan serta disiarkan satu insiden di Kota Bharu secara rasmi dalam media massa hari ini. Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online di bawah:

Kafa gantung Halim Napi
KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan, Halim Napi digantung permainan berikutan kejadian rusuhan penyokong Kelantan sebaik tamat perlawanan Piala FA separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di sini, malam tadi. Halim digantung oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) serta-merta tanpa ditetapkan tempoh penggantungannya. Dalam perlawanan itu Kelantan tewas 0-1.

Saya bukan ingin mengulas tentang insiden itu, tetapi saya terimbau kembali iaitu jika tak silap 20 tahun lalu... ketika hangat Liga Semi Pro. Ketika itu saya masih tingkatan lima @ tingkatan enam. Saya sememangnya sering juga ke stadium (Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, K. Terengganu) untuk meyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Terengganu. Saya mula menjejak kaki ke stadium ketika dalam tingkatan 2, namun mula berjinak menonton bola sepak sejak darjah 4 lagi iaitu bermulanya Piala Dunia 1982 di Sepanyol (iaitu televisyen). Saya teringat kembali 20 tahun lalu dalam satu perlawanan penting iaitu peringkat suku akhir (kalau tak silap) antara Terengganu melawan Kelantan. Kebiasaan perlawanan negeri berjiran ini sering hangat sebelum, ketika dan selepas perlawanan. Ketika perlawanan berlangsung timbul satu pergaduhan besar antara pemain juga melibatkan pegawai dan pemain simpanan dua pasukan ini.
Sememangnya 'nilai tambah' ini sungguh menaikkan emosi penonton... riuh dan bingit sekali di kerusi penonton. 'Nilai tambah' inilah yang memeriahkan lagi tontonan para peminat di stadium. Emosi dicampur perasaan meluap-luap boleh 'meruntuhkan' beberapa struktur fizikal stadium jika tidak dikawal dengan baik.
Kini, masyarakat Malaysia (termasuk saya) lebih meminati liga bola sepak luar negara (England, Sepanyol, Itali, Jerman dan beberapa negara Eropah lain). Ramai rakyat Malaysia begitu teruja dan bangga memakai jersi pasukan kelab-kelab Eropah yang ternama... Ya sehingga anak saya sendiri punyai 3-4 jersi pasukan Chelsea!
Namun berita 'nilai tambah' yang berlaku di Kota Bharu sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa "masih ada rupanya pertandingan bola sepak di Malaysia ini...!"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenape halim napi jd mcm itu?politik sukan dalam malaysia mcm ni lah jd nya kalo pengembala lembu x tahu bersyukur di bawa masuk bermain dalam bola sepak kelantan tahap education level yang rendah,mentaliti orang kelantan yang low class dgan tahap kehidupan sosial nya x seberapa nak membanggun dari pemikiran...ahli politik plak bawa gak masuk org mcm ni so habis ler

hcctt berkata...

kelantan macam apa main bola sepak macam x bagi orang