Jam sudah pukul 12.55 tengah malam. Ketika perlawanan Man U menentang Aston Villa masuk minit 92 (masa kecederaan diberikan pengadil sebanyak 5 minit!), pemain gantian Man U Macheda menjaringkan gol cantik yang menyebabkan Man U bertambah 'riak dan angkuh' dengan kemenangan 3 - 2. Ketika itulah perbualan bertaraf kecewa dan pahit seorang ayah (umur 36 tahun) dengan anaknya (umur 10 tahun) tercetus:
Anak : Ahhh...! gol juga Man U. Pengadil 'tak aci' beri tambah masa 5 minit.
Ayah : Memang begitu pengadil jika Man U lawan, macam nak menangkan Man U.
Anak : Sepatutnya seri aja, masa dah lebih... mana aci!
Ayah : Aci tak aci... memang nampak pengadil nak bagi Man U menang.
Anak : Maknanya Liverpool duduk no. 2 dalam Barclays ayah?
Ayah : Ya... tapi jangan cepat putus asa, Liverpool kutip 67 mata manakala Man U 68 mata.
Anak : Kata Man U ada lebih satu perlawanan?
Ayah : Ya... Man U ada 8 perlawanan lagi, Liverpool ada 7 perlawanan lagi.
Anak : Boleh ke Liverpool atau Chelsea juara nanti?
Ayah : Boleh... jika Man U banyak kalah lepas ini, dan Liverpool dan Chelsea menang semua.
Anak : Nanti ayah kejut nak tengok Man U lawan Porto dan Chelsea lawan Liverpool ya...
Ayah tiba-tiba pantas teringat akan perlawanan suku akhir Champions League pada Rabu dan Khamis ini, kebetulan Johor cuti Rabu ini.
Ayah : Ya... tapi kena bangun juga tu pukul 2 - 3 pagi tu, kita sama-sama tengok Man U tewas.
Dan perlawanan Man U - Aston Villa tamat pada minit 96...
Ayah : Dahlah tu... nanti esok kat sekolah pasti penyokong Man U 'jakun' kan?
Anak : Ya... ramai kat sekolah tu sokong Man U, ramai juga suka Arsenal, menyampah betul!
Ayah : O.K. dah pukul 1.05 pagi... masuk tidur!
2 ulasan:
Wah... kaki bola. Aku sokong MU. He he
en.rusdi, cantik klausa ini.
'perbualan bertaraf kecewa... tercetus.'
he.he. bola memang ada peminatnya tersendiri. adik saya seorang2 tengok pun jadi.
wbrendra.blogspot.com
Catat Ulasan