Ahad, April 19, 2009

KUTIPAN: PELUK TIDAK JEJAS EKONOMI NEGARA...

1. Saya memang meminati program realiti bakat komedi Raja Lawak (RL) sejak musim pertama hingga ketiga. Boleh dikatakan hampir semua saya tonton (saluran Astro Prima 105 - hari Jumaat) bersama anak untuk tiga musim ini.
2. RL pertama tahun 2007 telah dimenangi oleh Yus, namun yang popular dan mendapat tempat (laku dan hangat) sehingga kini Zizan dan Johan.
3. RL musim kedua 2008 johannya Nabil, saya memang sungguh minat komedi Nabil ini, dalam telefon bimbit ada 5 - 6 rakaman audio lawaknya. Musim ketiga 2009 pula diraih oleh kumpulan Sepah.
4. Namun, saya semakin kecewa dengan tindakan dan gelagat Nabil setelah bergelar Artis Paling Popular yang meraih hadiah (barangan dan wang tunai) berjumlah RM350,000.00. Semua orang yang membaca serta mengikuti berita dan perkembangan hiburan pasti tahu gelagatnya itu. Bukan sahaja aksi peluk itu sahaja tetapi ucapannya ketika menerima 3 kategori hadiah (termasuk kategori paling utama - Artis Paling Popular) dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 juga menampakkan sikapnya yang mula ada tanda-tanda 'besar kepala', termasuk juga kenyataannya selepas menerima anugerah ini - khasnya tentang aksi peluk yang ditonton jutaan rakyat Malaysia secara langsung!
5. Saya teringat kembali kata-kata pengkritik RJ ke-2 dalam beberapa episod yang sering mengingatkan Nabil agar 'tidak lupa diri dan besar kepala...!' jika berjaya dan diminati ramai.
6. Di bawah diperturunkan sebahagian kenyataan terbaharu beliau tentang insiden tersebut yang dikutip dalam akhbar Mingguan Malaysia (19 April 2009):

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil
Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?
Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena. Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.
Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

4 ulasan:

Citra Wangsa berkata...

Cuba teliti lawak Aflin Shauki dan Harith Iskadaer. Itu antara pelawak yang bijak. Nabil tu tak berapa nak bijak, lebih-lebih lagi apabila dia mengatakan tidak kesal/menyesal dgn perbuatannya. Jika dia bijak pasti statement maafnya itu disusuli dgn 'saya kesal', 'saya insaf', 'saya taubat' dan yg seangkatan dgnnya. Sepatutnya Nabil dihukum sama seperti Faizal Tahir (atas sbb berkelakuan tidak senonoh di khalayak umum). Alahai Nabil...Lu fikirlah sendiri...!

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Saya rasa tidak ada masalahnya Si Nabil berkata demikian kerana bukankah dia pelawak! Nak cari mana pelawak yang bijak dan matang? Jawapannya cukup menggambarkan siapa dirinya, pemikirannya, sikapnya, dan tidak mustahil pegangan agamanya. Entahlah, ketika saya menaip komen ini, saya terbayang wajah seorang pelawak yang maha bodoh!

Rusdi Abd Rahman berkata...

Azura,
Sepatutnya beliau berkata-kata begitu tetapi... bila 'besar kepala dan angkuh' kuasai diri pada tahap melampau, maka itulah jadinya... mohon dijauhkan sikap melampau ini daripada-Nya.

Cikgu,
Pelawak yang sememangnya kerja hakikinya melawak dan berkomedi (sama ada lawak cerdik @ bodoh) itu tiada masalah sangat kerana itulah kerjanya pun..., tapi beberapa pemimpin puak tertentu ingin jadi serta merancang untuk jadi 'pelawak dan membuat lawak' itulah yang membuatkan rakyat semakin ketawa besar...! Hahaha....

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

RAR, tak perlulah minat lagi orang yang seperti itu.
re: InsyaAllah selepas tamat peperiksaan akhir akan ke DBPWS menemui sahabat. Buat masa ini, gitar sahaja menjadi penawar. He he