1. Pada 10 Mac 2007..., SEARCH telah mengadakan konsert di Stadium MBJB berjudul 'Setelah Hujan', namun alangkah kecewa tidak dapat menonton dan menikmati konsert tersebut kerana mengalami demam kuat dalam dua hari tersebut sedangkan tiket sudah dibeli seminggu lebih awal.
2. Masih teringat kata-kata Cikgu Azhar..., betapa berbaloi dan terhibur (terhibur dalam konteks umur yang sesuai masa kini...) ketika menyaksikan konsert tersebut ketika itu. Harap-harap pada kali ini dapatlah saksikan konsert SEARCH di Johor Bahru ini. Jika tiada halangan serta tiada bertugas rasmi di luar Johor Bahru pada tarikh 9 Mei 2009 ini, peluang ini tidak akan dilepaskan, namun ini semua ketentuan-Nya.
3. Walaupun sudah beberapa kali menyaksikan konsert SEARCH dalam tahun 1990-an di Kuala Lumpur, namun berbeza menonton konsert dalam usia sebegini kini (otai), nilainya berbeza bukan semata-mata hiburan namun ada 'kesan terindah' dapat dipahat.
4. Pada kali ini SEARCH datang lagi... Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Stadium MBJB pada 9 Mei 2009. Di bawah disertakan sebahagian kutipan rencana/berita akhbar Utusan Malaysia tentang konsert yang bakal diadakan tersebut.
Fenomena Search kembali
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALshazryn.faizal@utusan.com.my
SELEPAS 28 tahun, fenomena Search masih lagi bertahan sehingga kini.
APABILA membicarakan tentang kumpulan yang satu ini, terlalu banyak rakaman sejarah yang tercatat dalam kerjaya seni mereka. Ada banyak catatan manis dilakar mereka. Tidak kurang, mereka juga pernah dipinggirkan daripada pihak-pihak tertentu yang seperti tidak menghargai sumbangan besar mereka.
Barangkali, pada mereka, dalam arus modenisasi hari ini muzik Search tidak lagi relevan sedangkan hakikatnya kumpulan berkenaan merupakan pelopor kepada kebangkitan genre muzik rock di negara ini. Ramai anak muda yang mahu menjadi sehebat Search yang mula ditubuhkan pada 1981 di Johor Bahru itu.
Tempoh 28 tahun memperjuangkan irama rock bukan satu jangka masa yang singkat buat Search yang dianggotai oleh Amy, Yazit, Hillary, Nordin dan Nasir itu.
Rekod pencapaian mereka mencipta sejarah luar biasa dalam direktori hiburan tanah air.
Siapa yang dapat lupa album kelima mereka, Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1989 berjaya mencatatkan penjualan tertinggi tahun itu dengan 220,000 unit di Malaysia.
Ia diteruskan dengan kejayaan Search menembusi pasaran muzik Indonesia. Kumpulan itu pernah menjadi artis nombor satu di republik itu dengan berbekalkan lagu keramat mereka, Isabella.
Dengan penjualan album Fenomena melebihi 600,000 unit di sana, Search dijadikan inspirasi oleh kumpulan di sana yang menyifatkan muzik Search telah melangkaui masa.
Malah, kehangatan dan populariti lagu ciptaan Search bersama Bob itu juga telah dijadikan sebuah filem usaha sama Malaysia dan Indonesia juga menggunakan judul yang sama lakonan Amy dan pelakon jelita, Nia Zulkarnaen.
(Lanjut... Utusan Malaysia, ruangan hiburan hari ini - 9 April 2009)

2 ulasan:
Dah ada blog rupa-rupanya...tahniah!
Sharrul,
Biasa sahaja blog kecil dan kerdil yang ada ini... sekadar catatan peribadi serta mungkin tempat simpan beberapa maklumat. Tiada yang istimewa dalam blog amatur sebegini serta tidak menggugat sesiapapun... hehehe...
Terima kasih berkunjung ke blog ini ya...
Go Search...!
Catat Ulasan