Sabtu, April 04, 2009

KEJUTAN...! YANG BUKAN KEJUTAN

1. Sebenarnya KEJUTAN ITU BUKANLAH SATU KEJUTAN yang istimewa.
2. Jika dibaca kenyataan AI semalam (1 jam selepas 'dia itu' umumkan yang kononnya satu kejutan), perkara ini sebenarnya sudah biasa dibuat oleh beberapa orang pemimpin utama ketika berlaku peralihan.
3. Kenyataan AI ini cepat tersebar sebelum orang ramai 'terpukau' dengan KEJUTAN YANG BUKAN KEJUTAN ini, mungkin AI sudah dapat mengesan sesuatu melalui agenda KEJUTAN YANG BUKAN KEJUTAN ini.
4. Maaf..., saya sendiri dengar dan lihat secara langsung pemakluman itu semalam, maaf sekali lagi...! lantas dalam 5-10 detik saya berkata dalam hati bahawa hal ini ada makna tersirat yang mendalam..., lalu masuklah beberapa titipan SMS yang menyatakan hal ini..., ada yang kata ini kejutan, ada yang sefahaman macam saya, ada yang nyatakan seperti ulasan AI.
5. KEJUTAN YANG BUKAN KEJUTAN ini mungkin juga ada makna dengan kata-kata 'insaf dan tawaduk', mungkin...! tapi amat-amat terlalu awal (belum sampai 1 hari pun 'dia itu' pegang kuasa terbesar) untuk dikaitkan dengan 'insaf dan tawaduk'!
6. Ya... paling tidak pun..., bermula serta merta saya dapat lagi membaca HARAKAH dan SUARA KEADILAN untuk keseimbangan maklumat dan berita dalam bumi yang katanya amalkan demokrasi ini. Terima kasih kecil buat 'dia itu' untuk hal akhbar ini...

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Kejutan? Entah mengapa, saya tak terasa langsung kejutan itu! Memang telah diramal bahawa akan ada beberapa perkara yang akan dibuat, kononnya:
1) Akulah pemimpin yang terbuka dengan membebaskan Harakah dan Suara Keadilan
2) Akulah pemimpin yang mesra rakyat dengan melakukan lawatan mengejut
3) Akulah pemimpin yang memahami suara rakyat dengan membebaskan 13 tahanan ISA

Mungkinkah tindakan ini atas nasihat mantan PM selama 21 tahun itu? Mungkin ya!

Hanita Hassan berkata...

Rusdi,
Kita selalu melihat sesuatu itu dalam bentuk yang negatif. Cuba dalam sekali atau sesaat, kita lihat perkara yang berlaku itu dalam bentuk yang positif, sudah tentu dunia sentiasa aman.

Tidak kira waima apa sekalipun nawaitu orang yang dikiaskan itu, pada saya, janganlah dipersoalkan. Asal sahaja kita hidup rukun, itu sudah memadai.

Ekonomi dunia juga semakin menampakkan tanda yang tidak sihat termasuk ekonomi negara. Cubalah kita melihat sesuatu untuk keharmonian semua untuk sekali ini, supaya tidak ada lagi isteri yang jadi janda, anak kehilangan bapa, ibu kehilangan anak dan sebagainya akibat terlalu terikut-ikut membuta-tuli. Memperjuangkan sesuatu yang tidak tahu ujung dan pangkalnya. Kasihan orang yang begini. Akhirnya menang sorak, kampung tergadai.

Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu dari diri kita sendiri.

Muak dengan titik bengik yang berlaku sekarang.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu,
Terkini (selepas terbentuknya kabinet), Kementerian Pelajaran didukung oleh tiga orang Johor dari Pagoh, Batu Pahat dan Ayer Hitam. Mungkinkah PPSMI akan berubah besar atau dimansuhkan terus atau tetap begitu adanya? Sama-sama kita tunggu... Apa-apapun mantan menterinya kini 'amat lega' kerana tidak lagi tangani isu PPSMI ini... "lega besar aku... tenang aku..." (mungkin ini dialog yang terluah dalam hatinya?)

Hanita,
Kita tetap melihat dalam sudut positif tetapi sesetengah pemimpin kita bertindak semacam atau sering negatif terhadap lawannya... Bukan dipersoalkan nawaitu itu tetapi dia sendiri melaungkan 'satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan', maka kita lihat seterusnya tindakan dan kerjanya bersama 'kabinet dapur yang baharu dengan campuran kayu jati dan kayu kapur' itu... hehehe...