Kata Si Dia itu dari tanah tumpah berpasir emas, "Saya tidak akan meminang wanita itu, kecuali wanita itu yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)".
Tambahnya yang terkenal serta sentiasa berbaju Melayu dan bersongkok dalam dewan itu, "Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh".
Untuk memudahkan pemahaman tentang maksud kata pinang ini, di bawah ini disenaraikan maksud perkataan pinang yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi 4:
(mana satu pilihan yang tepat untuk maksud dialog di atas? sama-sama kita fikirkan...)
pinang I sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu;
~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gonggok;
c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi;
spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri.
pinang II; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu;
pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan;
meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar;
pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll);
peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang;
peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih.
pinang III Mn; meminang-minang menimang-nimang; - timang I.
pinang IV sj ikan laut, Spilotichthys pictus.
pinang-pinang sj ikan laut, Caesio chrysozona (diagramma).
2 ulasan:
Ada lagi satu pinang, iaitu Pulau Pinang. Pulau yang sudah tidak ada pokok pinang tetapi sering memeningkan banyak orang.
Tn. Hj.,
Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri dalam Malaysia yang sah... sama dengan Selangor, Kedah dan Kelantan (dan Perak). Negeri ini juga ada hak dalam perlembagaan serta perlu dilayan sama rata. Rakyat dalam negeri ini juga mengutip hasil dan membayar cukai, tidakkah begitu? Hehehe....
Catat Ulasan