Isnin, November 01, 2010

RAKAMAN TEATER MJ - VERSI DVD

DVD Salinan Asal/Utama Teater MJ - 30 Oktober 2010 (3 petang dan 8.30 malam).

DVD Salinan Asal/Utama Teater MJ - 28 dan 29 Oktober 2010.
Rakaman pementasan teater 'Menara Jiwa' (MJ) sempena BBK 2010 Johor dibuat sebanyak empat kali iaitu pada 28 Oktober 2010 (Raptai - Khamis - 9 malam), 29 Oktober 2010 (Jumaat - 8.45 malam), 30 Oktober 2010 (Sabtu - 3 petang), dan 30 Oktober 2010 (Sabtu - 8.30 malam) di Auditorium JOTIC, Johor Bahru. 3 unit kamera video digunakan iaitu 2 kamera pihak DBP Kuala Lumpur dan 1 kamera DBPWS. Petugas DBP Kuala Lumpur membawa 2 kamera selain peralatan lain seperti mesin adunan visual dan audio untuk merakam terus serta secara langsung dimuatkan dalam bentuk cakera padat iaitu jenis DVD dibantu beberapa kakitangan DBPWS telah merakamkan empat kali pementasan (termasuk raptai). Kini 4 DVD rakaman asal/utama (master copy) berada di meja untuk proses seterusnya iaitu menyalin kembali daripada rakaman utama itu dalam kuantiti DVD yang banyak untuk diedarkan kepada beberapa pihak yang terlibat dalam pementasan ini.
Dalam hal-hal rakaman ini... ucapan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan buat petugas rakaman daripada DBP Kuala Lumpur dan kakitangan DBPWS yang bersungguh-sungguh berusaha merakam dalam kapasiti yang termampu agar membuahkan hasil rakaman yang memuaskan. Visual dan audio yang terpapar dalam rakaman ini mungkin akan 'menerbitkan sesuatu' pada masa hadapan...

Tiada ulasan: