Ahad, November 14, 2010

MELANCARKAN PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA




Pada 8 November 2010 (Isnin) lalu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian serta melancarkan Program Membaca 1 Malaysia di SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor. Program ini dilancarkan serentak di seluruh negara yang melibatkan 100 buah sekolah pada pukul 9.30 pagi. SMK Tun Habab merupakan sekolah yang dipilih di peringkat daerah Kota Tinggi dan negeri Johor. Pihak SMK Tun Habab berbesar hati ingin menjemput pihak DBPWS untuk melancarkannya; maka RAR hadir selaku wakil rasmi pihak DBPWS.
Pelancaran serentak pukul 9.30 pagi melibatkan acara tandatangan pada plak elektronik yang canggih melalui perlatan dan paparan komputer. Para pelajar yang hadir sekitar 300-350 orang termasuk guru membaca serentak selama 30 minit yang digerakkan serentak melibatkan 100 sekolah yang lain di Malaysia, khabarnya pembacaan serentak ini melibatkan seramai 30,000 pelajar secara keseluruhannya.
Terima kasih buat SMK Tun Habab kerana sudi mengundang pihak DBPWS selaku perasmi dan melancarkan program secara elektronik ini. Kesungguhan pihak sekolah dalam program ini amat dihargai.

Tiada ulasan: