Selasa, Februari 09, 2010

5 - 0: KEPUTUSAN YANG DIJANGKA

Seperti yang dijangka pasukan berlogo warna merah - kuning menang mudah 5 - 0. Tidak menghairankan langsung jika ada 10 pengadil mengadilinya, maka pasukan logo merah - kuning ini menang 10 - 0! Sungguh mudah kemenangan pasukan logo merah - kuning sehingga para penyokongnya bersorak bertempik riang seperti sudah johan tiga piala utama dalam musim ini.
Sememangnya dijangka pasukan ini menang mudah serta dapat mentertawakan pasukan lain sepanjang hari dalam lagak laku riak, sombong dan angkuh. Pasukan lain yang seiring serta satu jenama dengan pasukan ini juga tumpang bersorak riang, para pengurusnya mula bergegar serta memuji tinggi dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan bahawa selayaknya pasukan logo merah - kuning menang besar.
Ya... memang benar pasukan logo merah - kuning ini berkuasa kerana memiliki banyak wang serta dapat menguasai media apatah lagi pasukan ini punyai pemain-pemain mahal lagi ternama kerana memiliki banyak wang.
Pasukan logo 'Biru' (jersi penuh biru) terus gagah bersaing walaupun punyai masalah dalaman pasukan yang tersendiri juga serta masalah beberapa individu dalam pasukannya. Pasukan 'Biru' diakui kini banyak diasak dan diserang bertubi-tubi serta mengalami masalah dengan beberapa pemainnya yang berhasrat meninggalkan pasukan 'Biru' ini; ya... tanpa cabaran dalam menangani masalah maka tiadalah pengalaman, melalui pengalaman maka mematangkan pasukan 'Biru' itu.
Pasukan 'Biru' harus terus memperkuatkan pasukan demi menyaingi pasukan logo merah - kuning; letakkan penjaga gol yang peka dengan serangan lawan, susun strategi pertahanan yang kuat, taktik pemain tengah yang tersusun dan pemain penyerang bijak melaksanakan tugas. Pasukan 'Biru' juga harus menerima kekurangan yang ada kini agar tidak mudah tunduk dengan pemain penyerang yang licik mengellirukan pertahanan dan penjaga gol.
Tidak kiralah pasukan berjersi 'Biru Muda' atau pasukan berjersi 'Merah-Putih' atau pasukan berjersi 'Biru Tua' atau pasukan berjersi 'Hijau-Putih' terimalah kemenangan 5 - 0 ini dengan penuh hikmah dan pengajaran. Turun dan naik serta menang dan tewas dalam sesebuah permainan itu adat walaupun ada mempertikai keputusan pengadil, biarlah pengadil sesuatu perlawanan itu bertanggungjawab atas keputusannya sama ada di dunia mahupun di alam satu lagi.
Tahniah Man U (logo merah - kuning) menewaskan Portsmouth 5 - 0 hari Sabtu lalu. Tahniah Chelsea menewaskan Arsenal (merah - putih - meriam) 2 - 0 hari Ahad lalu.

2 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
Membaca entri ini, seperti ada maksud yang tersirat... Hmmm... 5-0 ya...

Ameen Homestay berkata...

hahaha..team maana pulak berjersi hijau-putih saudara ? celtic kot ? hahah..yup penuh simbolik. 5-0, apa bleh buat, walaupun main jln belakang..( opss jalan belakang isu sensitif kini )

mereh kuning byk duit ? bila pulak byk duit, hutang banyak. Bukan ke team biru di miliki oleh manusia antara yg terkaya di alam maya ini ? di britain kekayaannya mengalahkan ratu elizebeth ( kalau tidak silap perhitunganku ) :)

jgn la humble sgt ye en.rusdi :)
kena ada sedikit arrogance mcm zaman mourinho dulu..penuh kesombongan, maybe dia belajar dr pak alex hahah