Sabtu, Februari 27, 2010

2 KAD MERAH - BERMAIN 9 ORANG: TEWAS 2 - 4

John Terry terpaksa membuat 'isyarat senyap' demi kelangsungan perjuangan Chelsea dalam musim 2009-2010!

Dua rakan baik ketika Chelsea pada zaman kegemilangan merangkul juara EPL dua musim berturut-turut 2004-2005 dan 2005-2006 kendalian Jose Mourinho.

1. 2 kad merah buat 2 B Chelsea iaitu Belletti dan Ballack lalu tewasnya Chelsea kepada Man City sekejap tadi, 2 gol Man City jaringan Tevez dan Bellamy merupakan gol mudah kesilapan Hilario (pengganti Petr Cech) - kecewa sungguh rasa...
2. Baru Selasa lalu Chelsea tewas 1-2 kepada Inter Milan dalam Champions League, kini tewas lagi 2-4 kepada Man City dalam English Premier League (EPL); makanya kini Chelsea hanya satu mata di hadapan Man U - maka inilah skrip hampir sama seperti tahun lalu... lalu Man U terus mengejar dan di hadapan serta juara EPL!
3. Kekalahan dan kemenangan itu adat perlawanan, Chelsea tetap tabah terima kekalahan - kekalahan tadi sememangnya pasti buat Chelsea pabila pengadil mudah sahaja melayangkan 2 kad merah kepada pemain Chelsea, ya... Chelsea bermain 9-10 orang dalam baki 15-20 minit perlawanan. Namun terkejut juga kenapa Man City (dengan bantuan pengadil...) tidak dapat kalahkan Chelsea dengan jumlah jaringan melebihi 6 atau 7 gol pabila Chelsea hanya bermain 9 orang?
4. Satu yang menarik seminit sebelum perlawanan bermula ketika sesi salam sesama pemain, Wayne Bridge tidak mahu hulurkan tangan untuk bersalam dengan John Terry; jelas Wayne Bridge yang merupakan rakan baik John Terry suatu ketika dahulu dalam pasukan Chelsea (seperti foto di atas) kini 'tidak profesional' dalam menyelesaikan isu peribadi dua pemain ini.

2 ulasan:

Md Nizar Parman berkata...

Salam RAR,
John Terry yang masih dihambat rasa bersalah bermain dalam keadaan malu apabila bertentang mata dengan Wayne Bridge. Hehehehe... Adakah teori saya kelmarin akan menjadi kenyataan? Malam ini MU memburu piala kelas "ketiga" menentang Aston Villa. Saya sudah tidak letih.

Ameen Homestay berkata...

wayne bridge malas nak layan tery. ikut ati mau di tumbuknya masa tery hulur tgn..lu dah balun awek gua, lu nak tunjuk baik ( walaupun awek gua memang gatal ! hahaah ). Biasa la.nak pro pun ada had..kalau pakcu pun, pakcu tak salam. hahah

hilario memang haru. reflek slow..bola dah lepas baru nak jatuh badan.sengal. 2 gol pertama memang salah dia.
tu la, anceloti jarang bg peluang kat dia main..dah injurd cech baru nak bg main. tgk MU, foster pun dpt main hahaha.

season masih pjg.ada 10 game.mcm2 leh jadi, the gunners pun still ada harapan utk title.