Isnin, Disember 07, 2009

TAHNIAH MALAYSIA - TERUSKAN NADA 'ANGKUH DAN SEJUTA ALASAN'

Foto Hiasan: Rancangan kegemaran yang bakal muncul sedikit masa lagi - apakah kaitan dengan bola sepak Malaysia?




Seperti ramalan awal tempoh hari pasukan bola sepak Malaysia akhirnya 'tunduk' kepada Vietnam 1 - 3, bukannya Malaysia tidak pandai bermain bola sepak tetapi sifat 'keangkuhan' tempoh hari ketika 'membelasah' Timor Leste menandakan bahawa Malaysia bakal perit menentang Vietnam. Terima sahajalah kekalahan ini tetapi tidak pabila pemain-pemain Malaysia berkerumun 'mengasak' pengadil kerana tidak berpuas hati! Pasti juga alasan pemain Malaysia kerana KEPENATAN KERANA MEMBELASAH TIMOR LESTE menyebabkan mereka tewas kepada Vietnam...

Hebat sangatkah pemain-pemain Malaysia itu umpama Ronaldo - Messi - Kaka - Rooney - Torres - Gerrard - Drogba - dan pemain-pemain ternama Liga EPL, La Liga, Serie A? Cukuplah dengan penyakit 'cakap besar' pasukan Malaysia, ramai rakyat Malaysia sudah bosan dengan 'cakap angkuh dan cakap besar' sebegini!

Menentang Thailand nanti pasti akan ada pula alasan lain yang bakal tercipta. Tunggu dan lihat sahaja nanti. Pasukan bola sepak Malaysia sudah terkenal dengan 'sejuta alasan' seperti juga kata Cikgu Nizar bahawa mungkin alasan kekalahan berpunca daripada Si Penjual Kacang Kuda di tepi padang...


3 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum saudaraku Rusdi. Nampak macam Rusdi benci sangat kepada tim (team) Malaysia. Mungkin ada sesuatu peristiwa lampau yang bersarang di hati. Bolehlah kongsi dengan kami...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Shamsudin,
1. Terima kasih kerana terus setia berkunjung ke blog kerdil ini.
2. Bukannya 'benci' tapi sudah 'muak tapi sayang' kerana sudah lama tempoh mundurnya bola sepak Malaysia di peringkat serantau (jangan cakap peringkat Asia atau jauh lagi).
3. Bola sepak khususnya pasukan kebangsaan kita sentiasa 'sinonim serta berjenama cakap besar, ego dan sombong' lalu heboh entah apa-apa jika sesekali cuma berjaya tewaskan pasukan serantau di Asia Tenggara, tengok dan bacalah akhbar dan laporan ketika tewaskan Timor Leste... macam Malaysia sudah bergelar pemenang pingat emas Sukan SEA. Itulah membuatkan rasa mual dan menyampah tentang bola sepak pasukan Malaysia, lebih baik ikuti pasukan negeri sahaja di Malaysia. Namun, bola sepak tetap saya ikuti walaupun menyampah secara khusus terhadap pasukan kebangsaan Malaysia... kerana dalam menyampah itu ada indahnya kerana emosi gelak ketawa-marah-geram-kecewa yang bergabung indah sifatnya dalam sesuatu masa...

Unknown berkata...

Salam Saudaraku Rusdi. Ya, saya rasa begitulah perasaan setiap peminat bola di Malaysia. Tetapi saya lebih drastik daripada Rusdi, saya terus hilang minat terhadap bola sepak sehingga tidak tahu bila perlawanan liga bermula dan berakhir. Tiba-tiba dengar Kelantan lawan Negeri Sembilan (ini pun tak berapa pasti). Itu pun ketahuan berikutan rusuhan. Secara peribadi, saya berpendapat selagi Sultan2 dan ahli2 politik memegang tampuk pimpinan bola negeri, lupakan sahaja tentang kemajuan bola sepak negara. Menyakitkan hati sahaja...Wallaualam.