1. Setakat 3 hari sidang besar itu, ramai yang berucap sungguh lantang serta diselit lawak jenaka lalu disambut tepikan suara, tepukan gemuruh dan gelak ketawa. Setiap kali diadakan sidang besar itu... begitulah adanya. Berubahkah mereka atau mereka akan rebah?
2. Begitulah sidang besar itu; menghentam, menyalahkan dan 'memaki' puak sesama bangsa yang bukan ahlinya, juga 'mengutuk' ulama dan golongan intelektual yang tidak menyokong mereka. Orang luar lihat dan dengar, maka bertambah muallah mereka atas sifat dan sikap sebahagian besar golongan dalam sidang besar ini...!
3. Jika berterusan sikap dan tindakan sebegini dalam sidang besar parti orang Melayu paling besar ini atau dalam program-program rasminya yang lain, maka rakyat di luar akan terus meminggirkannnya. Tiadakah kaedah bujukan lembut dan kata-kata indah serta suci mengajak orang Melayu di luar parti ini untuk berbaik-baik lalu masing-masing menerima antara satu sama lain?
2 ulasan:
Salam RAR,
Usah diharap lagi sidang terbesar itu akan berubah kerana mentaliti mereka tidak pernah berubah. Buktinya, pemberi rasuah pun boleh menang jawatan pemuda! Begitulah adanya...
Cikgu,
Dalam sidang besar itu... nampak gaya macam tak berubah sikap dan tindakan..., maka mungkin akan benarkah kata-kata bahawa 'jika kita tidak berubah, kita akan rebah'?
Catat Ulasan