Ahad, Mac 08, 2009

KUTIPAN: SN A. SAMAD SAID - GMP

"Saya kena dekat hidung , mata dan juga kena tolak. RUPANYA BEGINI CARANYA UNTUK MENYELAMATKAN BAHASA. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan MISI MEMBANTAH PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat gerakan itu. (MM - 8/3/09)

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Jawab teka-teki ini.

Ada bahasa tidak dijaga,
Ada kuasa menyeleweng sentiasa,
Ada lidah bercabang dua,
Ada mata tetapi buta,
Ada mulut macam celaka,
Ada media pembohong jelata,
Kalau handal, cubalah teka,
Siapa dia si mangkuk durjana?

Jawapannya : ...........?

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,

Jawapannya...

1. Sebahagian pemimpin besar daripada parti besar yang memerintah sejak 51 tahun lalu...

2. Sebahagian media yang didokong (dikuasai) penuh oleh pemimpin besar daripada parti besar yang memerintah sejak 51 tahun lalu...

Makanya...,
Ada rasa penuh kuasa,
Ada kuasa berlagak perkasa,
Ada perkasa membuat kaya,
Ada kaya sungguh durjana,
Ada durjana menindas jelata,
(Tunggu...!) Ada jelata membuang penguasa.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Yang media pembohong jelata,
Yang mulut macam celaka,
Yang bermata tapi buta,
Yang lidah bercabang dua,
Yang berkuasa menyeleweng sentiasa,
Yang bahasa tidak dijaga
MEREKA IALAH:
Si Kera yang terkinja-kinja,
Si Monyet yang menggaru kepala,
Si Beruk yang tak reti bahasa!
Itulah Si Mangkuk Hayun lagi Durjana!