Jumaat, Mac 13, 2009

KUTIPAN: kEPUTUSAN SPM - KETUA PENGARAH PELAJARAN

PUTRAJAYA 12 Mac — Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Salam RAR,
Memang demikianlah watak pengkhianat bangsa; usahlah diresahkan dengan berita sebegini, kerana sejak dahulu, kini, dan selamanya, berita ini akan menjadi berita utama akhbar selepas peperiksaan. Berita begini lebih baik dilemparkan ke dalam kandang kerbau!

Citra Wangsa berkata...

Tak payahlah baca akhbar arus perdana lagi sekarang ni...menambah sakit di hati saja. Tiada berita yang wajar dipercayai, hatta laporan sukan pun...banyak dah dipolitikkan.
En.Rusdi, apa kata kita cadangkan kpd Unit Ptd DBPWS/PDM supaya melanggan H****H pulak??? Ada berani???Heheheeheh...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Cikgu Azhar,

Jika peperiksaan PTK atau Pengesahan Perkhidmatan atau pelbagai peperiksaan yang ada dimasukkan unsur seperti PPSMI ini, maka pihak berkuasa juga akan membuat kenyataan media sebegini serta terbitlah dalam media perdana untuk mewajarkan unsur-unsur yang sama atau seerti dengan PPSMI itu... hehehe...

Azura,

1. Saya pelanggan tetap beberapa akhbar yang berstatus suara dan kenyataan yang tiada dalam akhbar perdana.
2. Kita tetap baca akhbar perdana (khasnya ruangan yang bukan kenyataan dan hal-hal propaganda penguasa) dalam konteks menambahkan ilmu dan pengetahuan... tetapi jangan sesekali baca serta terus percaya akan dakyah yang sering 'mengampu' penguasa yang kurang baik terhadap rakyat ramai.
3. Masih ramai yang membaca akhbar perdana untuk mengetahui dunia hiburan terkini... tentang artis itu dan ini... tentang bola sepak sana sini... tentang berita-berita sensasi... tapi kita berkuasa serta ada 'daya penapis sendiri' untuk hal-hal menepis 'dakyah pengampu' yang ada dalam akhbar perdana!
4. Cadangan itu satu yang baik demi untuk menepis berita 'dakyah pengampu'... hehehe...

Sekian, terima kasih.