Azhar Salleh - bayang - puisi agama.
Puisi prolifik Azhar Salleh berjudul 'Pesan Puteri' dalam antologi puisi Gunung Ledang.
"Kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik."
Paparan puisi - peserta - komputer bimbit."RUANG HAK BERSUARA"
Azhar Salleh - bayang - puisi agama.
Puisi prolifik Azhar Salleh berjudul 'Pesan Puteri' dalam antologi puisi Gunung Ledang.
"Kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik."
Paparan puisi - peserta - komputer bimbit.
Cikgu Mohd Kasim Mahmud tekun dalam penilaian tugasan peserta.
Renungan penuh ilmu dan pengalaman Cikgu Azhar Salleh sambil Cikgu Abd. Rani mencatat sesuatu yang bermanfaat buat semua peserta.
Latar pentas yang mudah dan berkadar murah sahaja atas sebab peruntukan yang ada juga agak kecil...
Khabarnya ada konsert yang agak berskala besar dinamakan dan dijenamakan sebagai KONSERT TRIPLE MALAYA pada 5 Mac 2011 ini di Gemencheh, Negeri Sembilan. Konsert ini sepatutnya 'wajib hadir' di Johor Bahru dahulu sebelum ke negeri lain kerana Johor merupakan 'negeri asas aliran rock 1980-an' (selain negeri P. Pinang / Perak). Search dan Wings ada DOUBLE TROUBLE yang sememangnya unggul dan terserlah kehebatannya menjelajah banyak negeri di Malaysia sejak 2-3 tahun lalu; makanya giliran gabungan tiga kumpulan iaitu AMUK - MAY - XPDC pula yang menjejak konsert yang menyerlah...!Program Bengkel Pemerkasaan KOMSAS Sekolah Menengah Daerah Pontian pada 19 Februari 2011 (9 pagi - 12.30 tengah hari) anjuran bersama PPD Pontian, DBPWS dan PPJ di SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pontian, Johor. Dua penceramah / pembimbing: Cikgu Hj. Mohd Rosli Hj. Bakir dan Cikgu Amiruddin Md. Ali Hanafiah. Seramai 110 pelajar melibatkan semua sekolah menengah daerah Pontian menyertai bengkel ini.
Program Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya pada 19 Februari 2011 (9 pagi - 4.00 petang) anjuran bersama PPD Kulaijaya, DBPWS dan PPJ di SMK Sultan Alauddin, Kulaijaya, Johor. Penceramah / pembimbing: Cikgu Mohd Kasim Mahmud. Seramai 100 pelajar menyertainya yang melibatkan kesemua 15 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor.

Program Pengajaran dan Penghayatan KOMSAS Negeri Melaka 2011 diadakan pada 26 - 27 Januari 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM), Bukit Katil, Melaka anjuran bersama JPNM dan DBPWS. Program dua hari ini yang melibatkan seramai 100 guru bahasa Melayu dari seluruh negeri Melaka antaranya bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru tentang pengajaran dan penghayatan KOMSAS termasuk puisi tradisional. Sesi ceramah dan bimbingan disampaikan oleh 4 tenaga utama KOMSAS negeri Melaka iaitu Hj. Ab. Rani Embi, Hjh. Rohaya Abu, Pn. Raziah Md. Jani, dan Pn. Hanizah Yaakub.

